Setelah hampir 3 bulan diperuntukan untuk ahli-ahli perwakilan parti UMNO membuat pemilihan mereka terhadap barisan kepimpinan baru parti UMNO. Telah sah dipilih mereka-mereka yang diyakini dapat memulihkan kredibiliti parti UMNO di mata masyarakat Malaysia amnya.Tetapi yang lebih penting adalah memulihkan keyakinan ahli UMNO sendiri terhadap barisan kepimpinan baru yang diketuai DS Najib. Jika sebelum ini di mana-mana kedengaran pelbagai cerita,tohmahan dan cercaan terhadap calon-calon yang bertanding yang mana ianya datang dari pihak luar parti UMNO dan ahli-ahlinya sendiri, diharap selepas ini ianya akan reda.
Kepada barisan kepimpinan yang terpilih,syabas diucapkan.Ini kerana anda telah diberikan mandat dan keyakinan serta amanah oleh perwakilan yang mewakili ahli-ahli akar umbi untuk anda menerajui parti.Usah dilupakan segala janji-janji yang anda buat.Usahlah ucapan yang anda berikan selepas kemenangan hanya ucapan berbentuk retorik semata-mata.Ingatlah akan ikrar yang anda lapazkan.Jika mandat,keyakinan dan amanah yang diberikan ini anda nodai mungkin di dunia ini anda terlepas, bagaimana pula di akhirat kelak? Ini kerana anda adalah orang Melayu yang sememangnya beragama Islam. Anda berkata bahawa agama, bangsa dan negara adalah teras perjuangan anda, maka penuhilah janji-janji dan ikrar anda ini.
Buat mereka yang kalah, ini bukanlah penghujung atau penghalang usaha anda untuk berkhidmat dalam parti dan masyarakat. Mungkin kali ini anda tiada rezeki, manalah tahu di pemilihan akan datang peluang anda pula akan terbentang. Usahlah terus mendiamkan diri umpama merajuk. Ini kerana khidmat anda masih diperlukan. Berikanlah khidmat terbaik walaupun anda tidak dalam barisan kepimpinan. Ini kerana setiap calon mempunyai sokongan dari akar umbi yang mereka wakili. Jika mereka berdendam dan merajuk, yang rugi adalah parti dan akar umbi. Maka janganlah pentingkan diri sendiri, utamakan akar umbi dan parti. Ini kerana tanpa akar umbi dan parti siapa lah mereka. Buat barisan lama yang tidak terpilih pula, usahlah berkecil hati, anda telah diberi peluang untuk berkhidmat. Sudah tentu khidmat anda itu dihargai. Berilah peluang kepada akar umbi untuk memilih teraju baru yang mereka yakini dapat membawa mereka ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Ini adalah lumrah alam, yang lama digantikan dengan yang baru. Bersatulah kembali demi memantapkan perjuangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment