Feb 25, 2009

Betulkah Dalam Diri Org Melayu Ada Elemen REJECT...

Terpanggil dgn isu yg dikira hangat jgk iaitu PPSMI, di sini disiarkan petikan luahan oleh seorang insan yg terasa kesal kerana tidak dibenarkan oleh org tua nya utk memasuki sekolah Inggeris dalam kelas khas Melayu (Special Malay Class)....alasan diberikan takut tak reti mngucap 2 kalimah syahadah... teruskan membaca luahan beliau....

ENAM puluh tahun lalu, keluarga saya tidak membenarkan saya belajar di sekolah Inggeris melalui Special Malay Class kerana takut saya tidak boleh mengucap Dua Kalimah Syahadah bila mati nanti. Cita-cita saya untuk menjadi diplomat tidak kesampaian. Dengan kelulusan yang ada, maka jadilah saya seorang guru sekolah Melayu di pendalaman.
Selepas lima puluh tahun merdeka, fahaman yang sama disebar oleh kumpulan elit Melayu. Mereka menghalang anak-anak Melayu terus belajar bahasa Inggeris melalui Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan alasan budak-budak ini nanti tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik serta hilang jati diri.
Anehnya, orang Melayu sentiasa merasa takut. Orang Melayu takut untuk bersaing. Orang Melayu takut untuk belajar lebih sikit. Orang Melayu mahu belajar yang senang-senang. Cabaran dan saingan adalah sesuatu yang menakutkan. Jika orang Melayu tidak sanggup mendaki Gunung Kinabalu, maka didesak pemerintah buat suatu peraturan supaya menghalang semua orang mendaki gunung tersebut. Jika orang Melayu merasa susah untuk belajar dan mengguna bahasa Inggeris, maka didesak kerajaan supaya haramkan PPSMI. Pendapat mereka yang disokong oleh kepetahan berbicara serta berlatar belakang status sosio, mereka mendapat perhatian.
Siapa yang lebih mengetahui potensi sebenar anak-anak desa semasa belajar Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Guru-guru yang setiap masa bersama-sama mereka lebih mengerti keupayaan anak-anak ini. Rujuk dan tanyalah guru-guru ini. Mereka yang berada di menara tinggi yang sekali sekala menoleh ke panorama desa, barang kali silap mata memandang. Kadang-kala kita ditipu oleh mata sendiri. Kerap kali kita juga ditipu oleh emosi sendiri.
Pekedai-pekedai Cina di tempat saya boleh bertutur bahasa Melayu, Mandarin, Hokkien, sedikit-sedikit bahasa Inggeris. Bila ke estet, orang-orang India boleh bertutur bahasa Melayu, Tamil dan fasih berbahasa Inggeris. Orang Melayu hanya tahu satu bahasa. Banyak orang Melayu yang tidak mengerti bahasa al-Quran. Malah banyak juga yang tidak faham apa yang dibaca semasa solat. Keadaan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mahu bersusah payah untuk belajar.
Dalam diri orang-orang Melayu ada elemen reject. Elemen ini menjadikan orang Melayu sangat lemah dan sangat manja. Orang Melayu akan menolak apa saja yang ada unsur cabaran atau payah. Dalam usaha mencapai kecemerlangan pelajaran, orang Melayu lebih gemar kepada soalan bocor dan soalan ramalan. Dalam bidang ekonomi, orang Melayu lebih suka pada skim cepat kaya atau dana berangkai.
Budaya 'menolak' ini menyerang semua lapisan masyarakat Melayu. Bila ada pihak menaja penentangan terhadap PPSMI maka ramailah yang akan terpengaruh. Orang-orang Melayu dicadang supaya belajar yang mudah-mudah sahaja. Subjek yang berat serta susah janganlah dicuba. maka bertambah-tambahlah lagi ketakutan mereka untuk berusaha belajar.
Semangat 'Malaysia Boleh' perlulah diterjemah kepada 'Melayu Boleh'. Dalam lain perkataan, orang-orang Melayu tidak akan mengalah dalam apa juga gelombang. Orang Melayu harus tegak berdiri bersama kaum-kaum lain di Malaysia. Jika mereka boleh menguasai pelbagai bahasa, mengapa perlu orang Melayu berundur setapak ke belakang?
Tidak perlu kita bandingkan dengan orang Jepun yang kuat berpegang kepada bahasa mereka sebabnya di negara mereka cuma ada satu bangsa sahaja.
Pakar-pakar motivasi selalu menyarankan supaya kita berfikir di luar kotak. Di pusat pengajian tinggi diajar teori serta konsep 'kecerdasan pelbagai' dan 'inovasi' adalah suatu konsep yang amat disanjung tinggi.
Tidakkah PPSMI ini suatu hasilan pemikiran di luar kotak atau suatu inovasi yang menjadi teras amalan pengurusan masa kini?
GURU MELAYU LAMA
Kulim, Kedah.
Betul jgk ape yg beliau katakan itu...tp tak faham kenapa ada pihak2 yg tertentu begitu keras membangkang.Adakah ini agenda politik sesetengah ahli politik?Tidak bagus kah idea PPMSI ini? Bukankah setelah dilaksanakan ianya terbukti tidak mendatangkan beban kepada pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan yg telah diwar-warkan?
Kenyataan dari Menteri Pelajaran baru-baru ini bahawa PPSMI ini akan dikaji semula. Adakah ia akan dimansuhkan atau dikemaskini? Tapi yang pasti menjadi mangsa keadaan adalah murid-murid nanti, mereka tidak tahu rasional nya PPSMI ini dibantah,apa yang mereka tahu hanyalah mereka perlu belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Tentu mereka pening apabila ianya dimansuhkan pula..Siapa yang untung? Pastinya penerbit2 buku untuk mata pelajaran tersebut....Yang rugi?Anak-anak kita termasuk anak-anak mereka yang membantah (itu pon jika anak2 mereka belajar di sekolah2 kebangsaan, jika sekolah internasional pasti bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris)
Tak tahu lah apa sebenarnya yang mereka perjuangkan? Adakah untuk mempertahankan Bahasa Melayu (Malaysia) atau sengaja utk mencari populariti? Diharap mereka berbuat sedemikian setelah memikirkan perkara ini secara ilmiah bukannya emosi. Anda pulak bagaimana?Setuju atau tidak setuju dengan isu ini?

4 comments:

  1. betul3..
    Melayu mau idup senang saja.. alasan Malaysia suda merdeka n melayu ada hak.
    cheh!! smpai bile pun x maju..
    mau maju, mau berjaya kna kerja keras lah!!
    skg ni budak2 dh senang..g skolah pun ade beg yg beroda.. time dolu2, mau patah tulang bahu angkat beg berat2..sume buku teks, sume buku latihan nk kna bwk..guna belom tau lg. tp wajib bwk!! tuk mak bapak yg gaji lebih sket, buku teks kna beli sendiri..la ni, sume kjaan bg pinjam. sume dh senang, dh mudah.. tp lg mls mau blaja.
    pusing2 balik, tgk kt mak bpk skg ni, jgn jd kn alasan blaja science n math in English tuh smpai ank2 x reti nk mengucap. klu x ajar dr umh, jgn slh kn cekgu2 kt skolah tuh....
    hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam.


    Merujuk kepada artikel encik antu (25/02/2009). Secara peribadi, saya tidak bersetuju subjek sains dan matematik diajar dlm bahasa Inggeris. Alasan saya:


    Sains dan matematik sendiri adalah subjek sukar yang byk istilah, teori yang perlu dipelajari dan diterokai. Mengapa hendak disukarkan lagi dengan bahasa bukan ibunda?


    Sekiranya ia diadakan atas dasar ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar, tidak semua guru yang mengajar kedua subjek tersebut mempunyai latar belakang yang bagus dalam bahasa perantara yang digunakan.


    Saya berpendapat, sekiranya ingin juga dilaksanakan atas dasar tersebut, kenapa tidak diajar pada subjek lain, sejarah contohnya yang pastilah menggunakan kosa kata dan penggunaan bahasa yang lebih meluas. Tidak semestinya sejarah diajar dalam bahasa Inggeris menunjukkan kita tidak patriotik.


    Oh ya, saya bukanlah ingin mengukuhkan lagi fakta melayu tidak berani menyahut cabaran dengan pendapat peribadi saya. Dan seperti mana bangsa lain perlu mengambil subjek bahasa Melayu/Malaysia, saya kira sudah sampai masanya kita juga diwajibkan mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil.


    Salam hormat,

    Peminat Encik Antu

    ReplyDelete
  3. ini komen dan pendapat aku

    1. benda ni dikuatkuasakan dulu.. bkn sbb ada kes ke.. engineer melayu kena bt presentation kat luar negeri.. tp x reti berbahasa inggeris. ms tu.. sungguh memalukan pepimpin malaysia..!

    2. buku2 IT, math n science majoriti in english version. agak susah nak cari yg dlm BM. sbb penulis2 kat malaysia lg suka tulih novel cinta drpd tulih buku ilmiah.

    3. sejarah dlm BI? are u sure? sejarah tu xde kepentingan pon. Math n science makin lama makin berkembang, makin meluas. sejarah ni.. makin lama makin jauh kebelakang. sejarah tetap sejarah mcm tu jgk. portugis takluk melaka thn 1511.. tetap fakta tu mcm tu je.. x berubah dan berkembang ke mana pon.

    4. cikgu cikgi perlu kuasai BI. cikgu cikgi pon malas nak belaja, malas nak memajukan diri.. apa nih! camner anak2 murid nak ikut..?

    5. Jepun.. jepun la ni lg pandai berBI dr melayu. smooth n silky, xde pelat. klu ada pelat pon, still diorg buat bodo je cakap tanpa ada rs malu. sbbnya.. practice make perfect ma..

    6. melayu suka mengejek.. bila ada kwn2 yg ckp BI mula lah kata kwn tu berlagak. dia yg x pandai berBI bknnya nak belaja atau practice. akhirnya.. jadi ler mcm iklan tv tu.. dia nak gi umah makcik maimon kot.. u go straight, u, u, dont belok2.

    7. melayu mmg dr dulu x suka dan xde initiatif utk maju ke depan. x suka jgk tgk bangsa sendiri maju dan berjaya. klu dia pandai, dia xnak kongsi kepandaian dia dgn org lain. dlm erti kata lain.. kedekut ilmu. sbb dia xnak org lain nnt lagi pandai dr dia.

    8. ada kwn aku dulu2.. ada sorang matsaleh mintak dia tunjuk arah ke pasar seni, dia jwb.."'u wait arr, u wait" pastu terus dia cabut lari. tercengang2 matsaleh tu. kwn aku tu plak.. dia kata malunya dia, nak cakap benda2 yg simple mcm tu pon dia x reti..!

    9. tp aku setuju 100% kalau diwujudkan subjek bahasa mandarin or tamil kat sekolah kebangsaan.

    tukang komen - hanamira

    ReplyDelete
  4. betul3...sokong hanamira..
    ptt ade subjek bhs mandarin ke, tamil ke, arab ke sbg 1 subjek tambahan di sekolah kebangsaan. jgn jd cm aku kt opis, cina2 ni dok sebut nama aku tp dok ckp dlm bhs depa. aku dok tcengang2 x paham..anggap cm tau apa depa dok ckp n aku hentam depa blik.. ntah2 depa baek dok kutuk aku dlm bhs depan..yg malu.. melayu sendirik gak..hrrmmmm

    ReplyDelete