Mar 31, 2009

Bersidang Sudah Yang Menang Dan Kalah Usah Berbalah

Setelah hampir 3 bulan diperuntukan untuk ahli-ahli perwakilan parti UMNO membuat pemilihan mereka terhadap barisan kepimpinan baru parti UMNO. Telah sah dipilih mereka-mereka yang diyakini dapat memulihkan kredibiliti parti UMNO di mata masyarakat Malaysia amnya.Tetapi yang lebih penting adalah memulihkan keyakinan ahli UMNO sendiri terhadap barisan kepimpinan baru yang diketuai DS Najib. Jika sebelum ini di mana-mana kedengaran pelbagai cerita,tohmahan dan cercaan terhadap calon-calon yang bertanding yang mana ianya datang dari pihak luar parti UMNO dan ahli-ahlinya sendiri, diharap selepas ini ianya akan reda.

Kepada barisan kepimpinan yang terpilih,syabas diucapkan.Ini kerana anda telah diberikan mandat dan keyakinan serta amanah oleh perwakilan yang mewakili ahli-ahli akar umbi untuk anda menerajui parti.Usah dilupakan segala janji-janji yang anda buat.Usahlah ucapan yang anda berikan selepas kemenangan hanya ucapan berbentuk retorik semata-mata.Ingatlah akan ikrar yang anda lapazkan.Jika mandat,keyakinan dan amanah yang diberikan ini anda nodai mungkin di dunia ini anda terlepas, bagaimana pula di akhirat kelak? Ini kerana anda adalah orang Melayu yang sememangnya beragama Islam. Anda berkata bahawa agama, bangsa dan negara adalah teras perjuangan anda, maka penuhilah janji-janji dan ikrar anda ini.

Buat mereka yang kalah, ini bukanlah penghujung atau penghalang usaha anda untuk berkhidmat dalam parti dan masyarakat. Mungkin kali ini anda tiada rezeki, manalah tahu di pemilihan akan datang peluang anda pula akan terbentang. Usahlah terus mendiamkan diri umpama merajuk. Ini kerana khidmat anda masih diperlukan. Berikanlah khidmat terbaik walaupun anda tidak dalam barisan kepimpinan. Ini kerana setiap calon mempunyai sokongan dari akar umbi yang mereka wakili. Jika mereka berdendam dan merajuk, yang rugi adalah parti dan akar umbi. Maka janganlah pentingkan diri sendiri, utamakan akar umbi dan parti. Ini kerana tanpa akar umbi dan parti siapa lah mereka. Buat barisan lama yang tidak terpilih pula, usahlah berkecil hati, anda telah diberi peluang untuk berkhidmat. Sudah tentu khidmat anda itu dihargai. Berilah peluang kepada akar umbi untuk memilih teraju baru yang mereka yakini dapat membawa mereka ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Ini adalah lumrah alam, yang lama digantikan dengan yang baru. Bersatulah kembali demi memantapkan perjuangan.

Mar 24, 2009

Apa dah jadi?

Hari ini dalam akhbar harian Metro (klik sini) dilapurkan bahawa sebuah keluarga melayu yang tinggal di Kuantan hampir-hampir murtad apabila mereka merasa tertekan akibat dari tindakan jiran-jiran di penempatan mereka. Mereka hampir untuk menemui seorang paderi untuk meminta nasihat berkaitan masalah mereka. Mengapa ini boleh terjadi? Adakah disebabkan tekanan hidup atau tindakan pemulauan yang dilakukan oleh penduduk setempat? Jika mereka ini murtad, siapakah yang harus disalahkan? Mujur lah atas tindakan pantas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyelamatkan keluarga ini daripada murtad. Syabas kepada mereka-mereka yang perihatin ini.

Tetapi hairan juga, kenapa ketua keluarga itu begitu nekad untuk berbuat sedemikian? Tiada kah lagi orang-orang Islam lain yang dapat dijadikan tempat mengadu dan rujukan? Atau mereka-mereka tersebut mengambil sikap lepas tangan, jika ini lah sikapnya maka tidak mustahil lah akan terdapat ramai lagi orang-orang Islam akan memilih jalan seperti keluarga ini. Apakah yang harus kita lakukan jika terdapat orang-orang Islam yang terdesak seperti keluarga ini? Adakah dengan melihat dan membiarkan saja atau menangani masalah ini secepat mungkin? Adakah alasan tekanan dari jiran-jiran itu benar atau akidah sebenarnya telah menipis?

Mar 23, 2009

Pilih Memilih....

Minggu nie musim pilih memilih akan berlaku dlm parti pemerintah iaitu UMNO...parti unggul org2 Melayu... dikatakan pilih memilih kali ni akan ada pertempuran hebat...ialah nak pilih Panglimo ke2 dan Panglimo Mude... Mula2 dulu pilih memilih Panglimo Mude agak hangat diperkatakan...ialah pertarungan 3 penjuru.. seorang Anak Bapak, seorang lagi Anak Menantu dan seorang lagi Anak Jawo...tp sekarang nie dah kureng hangat sebab pilih memilih jawatan Panglimo ke2 menjadi hangat bila seorang bakal panglimo dinyahkan dari senarai pilih memilih. Maka sekarang tinggal lah bakal panglimo dari Johor dan Selangor...sama hebat sama gagah tu.

Tapi dalam pilih memilih ni...sengit jugak kali ni..sbb Panglimo Besar dah menang tanpa bertanding. Kalu ade pilih memilih dlm kategori ni lagi lah meriah.Pasti perang gegak gumpita. Apa2 pun kepada yg bertanding tu tahniah diucapkan kerana telah layak..kepada yg tak layak cuba lah lagi lain kali selagi ade umur yg panjang. Kepada yg bakal menang pulak...usah celebrate sampai mabuk gilos...cukuplah sekadar berpesan dlm diri sendiri bahawa jawatan yg dimenangi ini adalah amanat dan berjanjilah akan berkhidmat dgn amanah. Jangan pulak bila dah menang mula berfikir utk berbuat benda2 yg dilaknat. Alamat nya akan dikutok lah sampai kiamat.

Tunggu saje lah nanti...tgk2 sape yg menang...tp yg pasti perlu menjawab dan bertanggung jawab adalah mereka2 yg terpilih mewakili bahagian utk memilih di perhimpunan kelak. Kepada mereka lah sebenarnya terletak maruah UMNO. Jika mereka2 ini org yg bermaruah, mereka akan pilih panglimo2 yg benar2 bermaruah. Jadi di tangan mereka lah sebenar nya terletak maruah UMNO, orang2 Melayu, agama Islam dan negara Malaysia. Jika berlaku sesuatu yang mengaibkan maka di bahu mereka lah akan tergalas segala dosa2 itu.

Selamat bersidang dan pilih memilih kepada perwakilan UMNO..walaupon saya ini bukan ahli (dulu ahli lah tetapi sejak yg lama diharamkan dan ditubuh yg baru--nama saya tercicir dr yg baru). Cuba-cubalah amati apa yang diucapkan oleh seorang pemimpin ini disini.

Mar 12, 2009

Dilema ‘orang biasa-biasa’ bila semua harga barang naik

SAYA tahu kerajaan membentangkan bajet mini. Tapi saya tidak tahu apa kesan langsungnya kepada saya. Saya cuma orang biasa dan juga dikelilingi oleh orang biasa yang mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan tinggal di ibu kota.
Bagi yang tinggal di kampung-kampung, mereka ada tanah boleh tanam sayur, ternak ayam, itik, kambing sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan bila masa duit terputus untuk membeli barang keperluan.
Bagi saya dan rakan–rakan yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan terutama di rumah-rumah pangsa, mana ada tanah mahu bercucuk tanam. Paling tidak pun bolehlah tanam dua tiga pasu sayur.
Dalam keadaan sekarang, kami sudah tidak terfikir untuk membeli kereta baru, sebab tidak mampu menanggung bayaran ansuran. Kami buat bajet sendiri di rumah. Makanan kami dicatu.
Makanan tidak boleh mewah. Yang pastinya, harga telur ayam dan ikan bilis yang merupakan makanan ruji kami juga kini sudah naik. Harga keperluan asas lain seperti beras, bawang, minyak masak, gula, garam, ikan sardin turut naik. Telur ayam sepapan sekarang sudah dekat RM10, yang dulunya boleh dapat dua papan.
Untuk anak–anak kadang-kadang terpaksa bagi makan telur dan kicap saja. Ayam bagi kami sudah menjadi makanan separa mewah. Ikan sekarang sudah dikategorikan makanan mewah.
Saya bukan pakar ekonomi, jarang baca surat khabar, tengok TV pun tak faham apa yang diterangkan. Rasanya kami lebih dapat banyak maklumat dari mulut ke mulut.
Golongan kami ada yang prokerajaan dan ada yang propembangkang, ada juga yang berkecuali. Tapi kami mengalami masalah yang sama, tak ada Yang Berhormat yang datang menjelaskan kepada kami mengenai keadaan ekonomi sekarang.
Banyak perkara yang saya tidak faham:
- Kenapa kerajaan perlu beri subsidi RM480 juta kepada syarikat tol.
- Kerajaan sudah menolong pengguna dengan tidak menaikkan kadar tol, saya ucapkan terima kasih. Tapi mengapa syarikat tol tidak boleh berkorban dengan tidak mengambil RM480 juta itu?
- Kereta rakyat Malaysia semakin banyak menggunakan laluan tol. Mesti untung syarikat tol sudah banyak.
- Mahu balik kampung kerajaan galakkan naik kenderaan awam. Paling murah pun kami mampu naik bas. Harga tiket bas sekarang kalau balik Kelantan sudah lebih RM40 seorang. Bagaimana pula kami yang ramai anak ini? Kurang-kurang hampir RM200 untuk tambang sahaja.
Oleh itu lebih senang kalau balik dengan kenderaan sendiri lebih selesa. Di bandar kereta sudah menjadi keperluan asas terutama bagi mereka yang tempat kerja jauh dari rumah serta mereka yang yang mempunyai anak yang ramai.
- Tapi duit gaji habis untuk bayar minyak dan tol selain bayar ansuran kereta.
- Syarikat insurans pula tidak bolehkah bertolak ansur membantu kerajaan dan pengguna. Tidak bolehkah kurangkan bayaran insurans kereta ataupun lanjutkan tempoh insurans itu dari setahun ke dua tahun?
- Pasal hingar bingar soal pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pun memeningkan saya juga. Saya pasti yang menyokong dan menentang sama banyak.
- Buat saja dua aliran, siapa yang mahu belajar dalam bahasa Inggeris masuk kelas A dan sebaliknya masuk dalam kelas satu lagi.
Sesiapa yang mengambil Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris berikan keistimewaan apabila memohon ke sekolah asrama penuh, universiti atau hendak buat pinjaman atau biasiswa, kerana mereka lulus walaupun susah.
- Atau buat satu subjek khas digabungkan Matematik dan Sains Intermediate macam kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 1119.
Kami bukan nak mengeluh, tapi menceritakan keadaan sebenar. Sebahagian daripada kami bukan pakar politik, mahupun pakar ekonomi. Kami bukanlah orang penting tapi undi kami dapat menentukan kerajaan yang memerintah.
Bagi pihak berkenaan, tolonglah pantau harga keperluan terutama makanan yang tidak turun-turun.
Jangan pantau harga barang orang kaya saja. Buatlah senarai barang-barang yang diperlukan oleh orang biasa macam kami dan orang miskin di luar bandar. Barang-barang itulah yang perlu diturunkan harga dan diberi lebih banyak subsidi.

ORANG BIASA-BIASA
Kak Yah, Kak Jah, Kak Dah,Mak Cik Milah, Mak Jenab
& Bang Antu

Mar 11, 2009

Antara Tempatan Dan Impot

Tempatan bermakna dalam negara manakala impot pulak dari luar negara. Kebanyakan kita suka akan yang diimpot dari tempatan. Contohnya, barangan impot lebih baik kualiti dari tempatan walaupun harga nya mahal sedikit. Kalau beli yang tempatan kureng standard lah kunun. Macam orang kawen orang luar negara, ada yang kata lelaki mat saleh ni "very loving" "understanding" dan mcm mcm lah sbb dah terbekenan atau disebaliknya. Lelaki tempatan plak tak sebaik lelaki mat saleh...agaknya sbb depa tu putih gebu kot...tp mcm ne dgn lelaki Afrika yg gulita tu? Mungkin sbb nampak macho kot, iyelah kan itam itu menawan....hehehehehe...lelaki tempatan plak dingin aje kot? Kureng menepati ciri ciri idaman hati wanita tempatan...itu lah keluhan yg sering kedengaran.
Tp yg ingin dibincangkan disini bukan perihal itu...ini berkaitan pekerja tempatan dgn pekerja impot. Semalam telah diberitakan bahawa kerajaan membatalkan visa utk beberapa ribu pekerja impot yg sedang menunggu utk masuk bekerja di sini. Bagus tindakan itu. Iye lah tgh dok gawat ni, tambahan plak ramai rakyat tempatan yg telah ilang pekerjaan. Kalau diambil lagi tenaga impot kemana nk letak org tempatan ni? Dan semalam jgk kerajaan telah naikkan levi pekerja impot sekali ganda dan dibayar oleh majikan. Langkah ini adalah utk memastikan tiada pekerja impot diambil lagi, berilah peluang pd org tempatan pulak.. Tetapi ada pihak majikan yg tidak bersetuju, mereka kata ini akan meningkatkan lagi kos operasi mereka. Yang pastinya kos ini akan dikenakan pd pelanggan iaitu org tempatan. Cnth...kata Pengerusi Restoran Muslim dan India Malaysia, yg mana ramai pekerja mereka adalah warga impot. Ini akan membebankan mereka, kerana akibat dari kenaikan levi itu mereka terpaksa menanggung kos tambahan sekurang2nya RM10 sehari untuk setiap pekerja warga impot mereka. Ini bermaksud jika gaji sehari warga impot itu RM20, maka sekarang majikan akn terpaksa bayar RM30. Mengapa warga impot jadi kesukaan mereka? Adakah mereka ini rajin? Tidak pemalas mcm org tempatan spt yg didakwa? Warga impot pulak tidak merungut perihal gaji murah? Walhal kebanyakan org tempatan masih lagi mendapat bayaran yg lebih murah dr warga impot. Apa salah nya membayar RM30 itu kepada org tempatan daripada diberikan pd warga impot? Kenapa kepada org tempatan dibayar murah? Bukan kah mereka juga punyai keluarga utk disara? Kalu dgn pendapatan yg sedikit mcm mana mereka dpt memberikan kehidupan yg baik utk keluarga mereka. Memang lah warga impot ini tak kisah sgt pasal gaji murah, ini kerana mereka hidup secara berkumpulan dan tempat tinggal diberikan percuma oleh majikan. Manakala yg bekerja di restoran pulak, makanan diberi purcuma. Kalau diambil kira kos itu semua termasuk gaji, ianya melibatkan sehingga hampir RM50 sehari. Jadi tidak kah boleh diberikan kepada org tempatan? Walhal mereka ini terpaksa berbelanja utk kediaman dan makanan sendiri.
Yang jadi persoalan disini ialah sikap tidak patriotik majikan yg amat bergantung kepada tenaga kerja warga impot. Jangan lah seperti menyusukan kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan. Adakah mereka lupa bahawa pelanggan mereka adalah org tempatan, kenapa tidak dikongsikan keuntungan ini bersama sama org tempatan. Langkah pengambilan pekerja tempatan akn mengurangkan aliran keluar wang negara. Bukan kah baik utk ekonomi negara? Bukan nya majikan tersebut tidak ketahui, mereka sebenar nya saja buat buat tak tahu. Sikap ini amat tidak baik sekali..
Seperkara lagi perihal org tempatan yg bekerja diluar negara dan sekarang ini terpaksa pulang kerana diberhentikan kerja. Contoh pekerja industri di Singapura. Mereka ini semacam diberi perhatian yg besar oleh kerajaan, nampak mcm besar kepala pulak. Dulu masa ekonomi bagus, mereka tidak ingin kerja di dlm negara kerana gaji ciput...depa kata. Kerja kat sana dpt bnyk...mcm eksekutif kat dlm negara, walhal mereka itu hnya pekerja biasa industri. Tetapi kini setelah ekonomi negara yg mereka tumpang itu merosot dan dibuang kerja, tahu pulak melalak kat kerajaan agar mereka ini dibantu. Tidakkah mereka fikir akan rakan2 yg bekerja di dlm negara yg juga terpaksa diberhentikan kerja juga perlu diberi perhatian? Mereka itu mcm rase diri mereka amt penting...ntah kan pernah bayar cukai pendapatan ke tidak? Yang pasti org tempatan kena byr cukai pendapatan jika layak dicukai. Mungkin mereka itu tak pernah bayar pon..asyik mengelak bila Borang Retan cukai dihantar. Sekarang ni melalak lebih pulak. Kalau ditawar gaji murah mereka akan tolak sbb tak cukop makan. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Asyik salahkan kerajaan aje yg mereka tahu. Semua nya tak kena....Apa yang kena agaknya?Anda tahu tak?

Mar 4, 2009

Pantun Kuih Muih....

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati....

gilos aper tukang karang pantun nie????????

Siapa Salah... Polis atau Penyangak?

Sekarang nie mcm mcm berlaku...kes politik, kes samun, kes meeting bwh pokok, kes fitnah dan mcm mcm lagi lah. Ni ade satu kes kira hangat jgk lah...kes polis kita.
Semalam ade seorang polis terpaksa lari dan lepaskan tembakan akibat dikejar oleh penyangak. Kes ni berlaku di sebuah restoran di Jln Masjid India, K Lumpur. Punya lah lawak polis lari diligan penyangak...patut nya polis ligan penyangak. Ini dah terbalik pulak. Mengapa jadi mcm ni? Kalu begini lah pada siapa kita nak dpt kan perlindungan? Polis atau penyangak?
Susah lah kalau mcm ni...kira kira nya sekarang ni penyangak lebih berkuasa dari pihak yang berkuasa... polis tembak penyangak pon disalahkan...polis buat aper saja sekarang ni semuanya salah...tak ade yang betul...siap dengan demontrasi lagi...ish ish ish...siapa yang betul? Penyangak kah yang betul? Kesian kat polis sekarang ni..dah lah dari dulu kena cop mkn rasuah..sekarang ni pulak tembak penyangak pon kena maki hamun jgk...ramai sungguh penyokong penyangak sekarang ni..Dulu tangkap penyangak sumbat dlm jail tetiba penyangak mati, polis gak yang salah sbb tak jaga penyangak...bila susah susah sgt jumpa penyangak terus tembak mati lagi lah jd susah...Habis tu nak buat mcm mana? Kalau polis mati kena tembak dgn penyangak, polis bukan dapat ape...abis2 dpt lah saguhati...ish ish ish susah sungguh polis sekarang ni...Nak buat mcm mana ye? Nak amik penyangak jadi polis? Dia orang tak mau...sbb jadi penyangak kalu mati di tangan polis boleh jadi hero...hero mcm " The Boss".... nasib lah wahai anggota polis...buat baik pon salah buat salah lagi lah salah...