Oct 7, 2009

Lembu Dibawa Berarak lagi....

Kali ini kisah lembu yang dibawa berarak oleh tuan nya kerana tidak berpuashati dengan perkara yang berkaitan dengan lembu, bukan pasal rumah tuan lembu atau sebab tuan nya bodoh macam lembu.Baca disini.Akibatnya petugas-petugas keselamatan yang mengawal perarakan itu diberikan bermacam-macam hasil dari lembu tersebut.Hahahahaha baru kali ni tuan punya lembu tak bodoh macam lembunya....

Aug 28, 2009

Apakah Jadah Nya?

Arini penduduk Melayu shah alam sek 23 & NGO nak berdemo bantah pembinaan kuil kaum india di tempat mereka. Apa yang diketahui memang patut lah mereka membantah kerana majoriti penduduk di sinun kaum Melayu, sepatutnya mesjid dibinakan untuk mereka bukannya kuil kaum india. 2 orang wakil rakyat di kawasan tersebut pulak kaum Melayu, apakah mereka tak buat kerja atau kerja membabi buta?Ish macam macam ada...Knape tak cari tempat lain?Agaknya di sinun "fengsui" atau "tempat jin bertandang" bagus kot?Cuba tgk kat Seberang Jaya,Penang.Dia orang himpun kuil,tok pekong,rumah ibadat berjiran di kawasan bukan kontrovesi.Apa apa pun diharap tiada yang kena tangkap/ditembak air nanti...Agak2 banyak bendera kaler ape ye yang berdemo..merah kah? biru kah? ijau kah? atau nasib hangpa lah....

Aug 21, 2009

Pesanan Khutbah Jumaat Menjelang Ramadhan...

Tadi pada tanggal 30 Syaaban 1450 Hijrah bersamaan 21 Ogos 2009, semasa khutbah Jumaat di mesjid tok imam yg beri khutbah amat beremosi mengingatkan para jemaah akan perlunya umat Islam bersatu hati sesama muslim.Katanya buangkan lah amalan caci mencaci, fitnah memfitnah dan berpecah sesama umat Islam.Sempena kedatangan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al Mubarak ini tingkatkan lah ibadah bukannya tingkatkan dosa.Buanglah jauh2 fahaman politik kerana dalam Islam tiada membezakan sesiapa pon melainkan hanya mereka yang beriman(Islam) dan yang tidak beriman(Kafir).Yang Islam tetap Islam walaupun senipis mana iman mereka jangan dihina,caci atau dimaki.Bimbinglah mereka kejalan yang lebih benar bukannya dengan mengelirukan mereka.Itu adalah lebih afdhal dari membiarkan mereka lebih hanyut jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya.Berkaitan penghinaan terhadap Islam oleh orang yang tidak beriman(kafir) hendaklah ditentang sesungguh hati.Bukan hanya seperti melepaskan batuk ditangga sahaja dengan membiarkan sahaja.Beliau memberi contoh umpama penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dalam lukisan karikatur baru2 ini.Adakah cukup sekadar menerima ucapan maaf sahaja?Wajarkah begitu katanya...Ia umpama umat Islam hanya membiarkan sahaja Islam dipermainkan..beliau juga menceritakan sewaktu di zaman Rasulallah, terdapat 2 orang yang bertelagah telah berjumpa Baginda Nabi,Baginda telah memberikan hukum/jawapannya ke atas masalah 2 orang tersebut tetapi tidak disenangi oleh salah seorang itu.Dia ingin membawa perkara itu kepada Saidina Abu Bakar,lalu dikhabarkan oleh Saidina Abu Bakar itulah jawapan yang tepat.Tetapi masih juga tidak disenangi oleh orang tersebut lalu diajukan pula kepada Saidina Umar...Saidina Umar berkata,tunggu sekejap lalu beliau masuk dan kemudian keluar dengan pedang terhunus ditangan lalu memenggal kepala orang yang tidak berpuas hati tersebut seraya berkata...ini lah hukuman yang sepatutnya diberikan kepada orang yang menghina Rasulallah kerana mempertikaikan beliau.Ini umpama tidak menghormati Islam dan menghina....Sampai begitu sekali Saidina Umar mempertahankan Rasulallah dan Islam.Patutkah kita bertindak begitu juga terhadap orang yang menghina Islam?Tepuk dada tanya selera bak kata pepatah...Itulah pesanan dalam khutbah Jumaat 30Syaaban1450Hijrah.

Aug 19, 2009

Biarkan saja lah....

Dikhabarkan bahawa pihak jemaah kabinet akan membincangkan mengenai melucutkan ruangan deklarasi bangsa di borang-borang umum.Kenapa ya? Setelah bertahun tahun dan ianya tidak menjadikan masalah kenapa secara tiba tiba ia menjadi isu yang dikaitkan dengan 1Malaysia PM Najib?Adakah dengan mengisi deklarasi tersebut secara otomatik borang itu diberi keutamaan atau ditolak?Rasa nya itu bukan isu sebenar.Bahkan semua orang tahu ada ruangan deklarasi samada pengisi/pemohon adalah warganegara atau bukan.Malahan ruangan deklarasi bangsa itu bukan menjadi faktor mencacatkan sebarang permohonan.Tidak pernah pula terdengar hanya pemohon bangsa Melayu,Cina,India atau lain2 ditetapkan.Jadi tiada masalah jika ruangan itu dibiarkan sahaja.Tidakkah kita boleh berbangga dengan deklarasi bangsa kita sendiri?Kalau ingin mengatakan bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia,maka ruangan warganegara telah menceritakan segalanya.Rasanya di US atau Eropah..masih terdapat ruangan berkaitan bangsa ni..jadi usahlah dibincangkan masalah remeh ni,walhal banyak lagi agenda penting perlu kabinet fikirkan untuk rakyat jelata umpamanya menangani masalah ekonomi negara sekarang.Bagaimana membantu rakyat hadapi krisis ekonomi sekarang ini.Tp janganlah dalam krisis ekonomi benda lain pulak yg dibuat, macam naikkan tambang teksi dan bas juga tol.Itu bukan membantu rakyat jelata,itu bantu rakyat merana.
Sebenarnya apakah rasionalnya perlu ruangan bangsa dalam borang2 umum itu hendak dimansuhkan?Saya kurang mengerti...

Aug 18, 2009

Berdosakah?

Berdosakah kita jika tidak menziarahi jiran yang telah meninggal dunia walhal sebelum ini dia begitu 'baik hati' menfitnah kita serata tempat, sehinggakan orang memandang serong pada kita.
Benda yang tak pernah terlintas difikiran untuk kita lakukan pun diberitahu kepada masyarakat yang kita lakukan pada dia. Semua nya benar benar fitnah semata mata. Walau pun kita tak ziarah mayat nya tetapi hati kecil kita memaafkan nya. Berdosa kah kita tidak menziarahi mayat nya?

Aug 14, 2009

Mana Hilang Gula & Ayam Nampak Dah Besar...

Mana hilang gula?Dah tambah pengeluaran pun tak cukop jugak ke?Sampai nak escort kontena gula tu kenape?Masih tak percaya?Sebenarnya kan dah dekat musim perayaan...bulan puasa dan hariraya...tentulah ramai yang menyimpan stok..termasuklah surirumah ( nak buat kuih raya)...bukankah ini selalu terjadi setiap kali musim perayaan?
Tadi lalu dekat reban ternak ayam...nampak ayam2 sedang membesar...mungkin utk stok raya nanti..jgn pulak kata ayam tak cukop besar dah le..paham benar permainan dia orang nie...

Aug 13, 2009

Pergi Tak Akan Kembali....

Innalillah buat allahyarham ustaz Mohd Asri, penyanyi utama kumpulan nasyid terkenal Rabbani. Allahyarham meninggal dunia semasa menjayakan program Syahadah untuk tayangan semasa bulan Ramadhan ini disebabkan serangan sakit jantung. Semuga rohnya akan dilimpahi rahmat Illahi dan ditempatkan bersama-sama para mukmin. Pastinya lagu2 berunsur ibadah dan peringatan ini akan terus membuatkan kita merindui beliau.

Aug 10, 2009

Tok Kadi & JPN Perlu Buat.....

Kecoh bila Dr Ridhuan Tee "sentuh" pasai mendiang Teoh dan tunang bakal ada anak luar nikah.
Dalam ugama mana2 pun tentu tak setuju ada hubungan jenis sebelum nikah atau daftar perkahwinan. Tapi dah jadi trend kini test dulu sebelum bayar....mcm nak beli buah durian...rase dulu baru beli..tak sedap test buah lain plak sampai puas hati.Macam ne nak beli kalu dah test bnyk kali perut pon dh kenyang,so tak jadi beli lah...
Boleh kah disarankan pada JPN-Jab Pendaftaran Negara dan Tok Kadi agar meminta pasangan yg ingin mendaftar perkahwinan dan minta dinikahkan sediakan lapuran ujian urin pengesahan mengandung (urine pregnancy test report) atau pun JPN dan Tok Kadi sediakan test kit tersebut?Ini utk memastikan bahawa pasangan tersebut bebas termengandung...atau lain kata tidak termengandungkan anak luar nikah...ini utk memudahkan pendaftaran kelahiran anak2 kelak...samada sah taraf atau tak sah taraf...dlm Islam ada garis panduannya...utk bukan beragama Islam pulak...tak pasti ada garis panduan ke tidak...

Aug 5, 2009

Bagaimana cara dapat rawatan terbaik H1N1?

Senario di hospital kerajaan berkaitan mengenalpasti jangkitan H1N1...petikan dari luahan hati seorang ibubapa..."Apabila ditanya adakah anak saya menunjukkan tanda-tanda penyakit H1N1, doktor bertugas memberitahu bahawa melihat keadaan anak saya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit H1N1.
Jadi pada dasarnya kata doktor berkenaan, saya tak perlu risau.
Apabila saya cakap tak perlukah diambil sampel darah atau air liur, saya diberitahu bahawa anak saya demam, batuk dan selesemanya tidaklah teruk, jadi tak perlu.
Begitu juga dengan saya yang hanya mengalami ‘sedikit’ demam dan sakit tekak sahaja. Jadi saya bertanya, masa bilakah pihak hospital akan mengambil sampel sedemikian, jawapannya ialah apabila pesakit itu menunjukkan tanda-tanda kritikal seperti sesak nafas dan demam pada suhu yang tinggi.
Sungguh menakjubkan, sudah ada tanda-tanda nazak baru nak buat semua ujian. Patutlah jumlah korban H1N1 sudah bertambah.
Seperkara lagi, doktor itu ada bertanya, saya ada membuat sebarang contact dengan pesakit H1N1? Apabila saya jawab tidak, dia kata saya tak perlu risau.
Apabila saya beritahu bahawa anak saya telah pulang bercuti kerana IPTAnya dikuarantin, dia dengan sinis pula bertanya, adakah anak saya dijangkiti penyakit H1N1?
Saya pula membalas dengan menjawab doktor tak tahu ke yang penyakit ini boleh merebak dengan begitu mudah. Melalui udara pun kita boleh mendapatnya walaupun kita tidak bersentuhan dengan pesakit H1N1.
Jawapan saya itu mungkin menyakiti hatinya dan selepas itu dia tidak lagi melayan saya apabila saya cuba berbual atau bertanya lebih lanjut.
Jadi janganlah salahkan pesakit atau waris mereka kerana tidak pergi mendapatkan rawatan lebih awal kalau pihak hospital atau doktor sendiri mengambil cara mudah untuk merawat pesakit.
Sepatutnya ujian diambil tanpa perlu menunggu pesakit menjadi kritikal. Keadaan ini pada saya amat mengelirukan.
Saya berharap pihak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam menangani penularan penyakit H1N1 ini. Janganlah suruh orang ramai mengambil sikap atau langkah berjaga-jaga, padahal apalah kuasa kami kalau penularan virus ini melalui udara yang mana semua manusia bebas bernafas melepaskannya di mana-mana saja. "

Aug 4, 2009

Akta AntiKeuntungan Berlebihan (AAKB)

Dikhabarkan kerajaan dalam proses kajian dan penyediaan kertas kerja berkaitan akta terbaru ini oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tujuannya untuk mengawal peniaga daripada mengaut keuntungan melampau sehingga menjejaskan kepentingan pengguna.

Para pegawai bakal melawat beberapa negara seperti Korea Selatan, Singapura dan Australia bagi mengkaji kaedah terbaik melaksanakan akta tersebut di negara ini kerana mereka telah mempunyai akta berkenaan dan berjaya dilaksanakan dengan berkesan.

Macam mana agaknya kaedah penetapan keuntungan itu?Bukankah terdapat rantaian bermula dari bahan mentah hingga ke pengguna?Jadi setiap rantaian itu pastinya mahu untung.Jika ada akta ini bolehkah dipastikan keuntungan yang diraih tidak berlebihan?Di rantaian manakah kadar keuntungan itu akan dikawal?Pengeluar,Pemborong,Pengedar atau Peruncit?

Walau macam mana pun syabas kepada kerajaan yang perihatin terhadap pengguna. Janganlah nanti bila ada akta ini maka terdapat segelintir orang yang cuba menangguk di air keruh memanipulasikan keadaan untuk mengaut untung yang lagi lebih. Macam baru2 ini penternak ayam melambakkan anak2 ayam di pejabat pihak berkuasa kerana permintaan mereka tidak diendahkan. Mengapa tidak dilambakkan saja ibu2 dan bapak2 ayam?Kan bagus begitu dapat bekalan ayam free serta segar....Semuanya punyai kepentingan sendiri.Tiada siapa pun hendak fikirkan kebajikan pengguna.Bagi mereka kerugian mereka lebih penting dari keuntungan pengguna.

Aug 3, 2009

Sedih Marah Dan Kagum....

1 Ogos 2009...demonstrasi jalanan diadakan/dianjurkan oleh GMI (Gerakan Mansuh ISA)... bandaraya Kuala Lumpur menjadi gempar...ramai yang bersungut...tapi saya rasa sedih,marah dan kagum...kenapa?

SEDIH kerana pelan nak gempur dengan 100 ribu orang hanya terjadi dgn 20 ribu aje..itu pon muka Melayu aje yg ramai...muka-muka bukan Melayu yang lain ilang kemana?Yang kena air gatal n pedih mata muka Melayu je ke?Sedih lah mcm nie.

MARAH kerana muka-muka bukan Melayu mungkir janji dengan muka Melayu.Kata nak join tapi mungkir,ni baru pakat2 nk demo agaknya kalu pakat2 nk perintah sure banyak janji akan dimungkiri agaknya.Marah lah jgk nie.

KAGUM sebab muka Melayu sanggup bantu kawan-kawan bukan muka Melayu buat demo/tunai janji,walaupun dari awal dah janji pakat nak buat sama2.Tapi mereka mungkir janji pulak.Melayu ni tetap patuh pada janji tak reti nak mungkir.Kagum bila Melayu pegang pada janji.

Apa pun saya sedih,marah dan kagum sebab muka Melayu yang berdemo tu telah terang2 dikudakan oleh sebilangan opportunis yang baling batu sembunyi tangan.Muka Melayu tu masih tidak sedar diri lagi...walhal bukan mereka yang ditahan ISA pon...

Jul 22, 2009

Kemana Kuasa Melabur Melayu?

Salam semua, semalam pada 21/7/2009 sekali lagi dilihat orangramai beratur panjang mengerumuni bank-bank wakil/ejen menjual Saham Amanah Malaysia.Baru2 ini kerajaan telah memaklumkan bahawa bahagian yang dijual adalah bahagian kaum bumiputera yang tidak dilanggan semenjak tahun 2000 semasa ianya dilancarkan.Daripada jumlah 2 bilion unit hanya 0.8 bilion saja yang dilanggan semenjak ia dilancarkan.Oleh sebab itu baki sebanyak 1.2 bilion dibuka untuk dilanggan oleh bukan bumiputera.Maka berpusu-pusu lah mereka menerpa peluang terbuka ini. Mengapa ini umpama goreng pisang panas? Tentulah bersebab,kalau tidak masakan berebut-rebut.Apa yang diketahui unit saham amanah Malaysia ini ditawarkan oleh PNB iaitu sebuah syarikat pelaburan tempatan yang berwibawa.Yangmana unit2 saham amanah yang mereka tawarkan sering memberikan pulangan yang menarik dan pelaburan pula terjamin.Ia adalah sebuah intsitusi pelaburan milik kerajaan,sudah tentu pelaburan yang dilaburkan terjamin pulangannya.Tengok sajalah unit2 saham amanah tawaran PNB seperti ASN,ASB,ASW dan banyak lagi,semuanya memberikan pulangan yang tinggi.Jika sebelum ini peluang ini hanya terbuka kepada bumiputera sahaja.Bukan bumiputera pula terpaksa melabur samada dalam bentuk simpanan tetap di bank2 perdagangan atau institusi saham amanah bukan kerajaan.Apa yang kita ketahui pulangan adalah amat kecil dan tidak terjamin.Maka apabila peluang ini terbuka,sudah tentu ianya tak akan dilepaskan.Bagaimana dengan bumiputera atau orang Melayu?Adakah mereka tiada kemampuan untuk melanggan,sehingga bahagian yang diperuntukkan untuk mereka terpaksa dibuka untuk orang lain?Sebenarnya orang Melayu berkemampuan,tetapi mereka lebih gemar melabur ke institusi yang memberi pulangan lebih tinggi serta cepat tetapi tiada jaminan. Banyak skim-skim yang memberi pulangan lumayan dan cepat telah membuktikan pelaburan tidak dijamin.Skim Pak Man Telo,Skim 350,Skim Swiss Cash dan yang terbaru skim pelaburan emas yang mana diberitahu BNM telah menyerbu pejabat 2 syarikat yang mengendalikan skim pelaburan emas ini baru-baru ini atas dasar mengambil deposit secara haram.Apa akan terjadi kepada pelabur2 dalam skim ini?Sudah tentulah syarikat tidak dapat menjamin pulangan dan pelaburan pokok tersebut.Ini kerana apabila BNM menyerbu dan merampas dokumen perniagaan secara automatik segala transaksi berkaitan pelaburan juga akan terhenti.Siapa yang rugi?Dah tentulah para pelabur yang dijanjikan pulangan tinggi dan cepat ini.Siapakah mereka?Mereka adalah bumiputera yang terdiri dari orang Melayu.Jika berdasarkan dari rekod yang lepas bukannya sedikit jumlah pelaburan yang hangus begitu saja,angkanya hingga berbilion ringgit.Bukankah ini menunjukkan bumiputera juga punyai kuasa langganan yang sama hebat dengan bukan bumiputera,hanya kuasa langganan pelaburan mereka tertumpu ke arah yang salah dan sering merugikan.Sampai bila ini harus berlaku?Sepatutnya bahagian bumiputera saham amanah Malaysia (ASM) yang ditawarkan kepada umum ini tidak akan berlaku jika bumiputera sedar akan kesilapan mereka.Kita lihat saja hari ini ramai yang mengadu bahawa tertipu dengan pelbagai skim pelaburan yang meragukan.Begitu banyak seminar2 pelaburan yang meragukan diadakan untuk menarik minat pelabur,bahkan ianya tumbuh seperti cendawan.Kebanyakannya menjanjikan pulangan segera yang tinggi tetapi perjalanan atau urusniaga yang dijalankan begitu samar dan tidak menyakinkan.Tetapi masih ada yang terjerat.Pihak bertanggungjawab bukannya tidak menyedari terdapat pihak2 yang menangguk di air keruh ini,tetapi mereka hanya menunggu bila ada lapuran yang dah kena tipu baru nak bertindak.Sepatutnya pihak bertanggungjawab bertindak kehadapan menyekat/siasat untuk mengelak orangramai tertipu.Contohnya bila sesuatu syarikat ditubuhkan dan teras perniagaan yang didaftarkan meragukan,pihak Pendaftar Syarikat perlu menemuduga lembaga pengarah untuk memastikan syarikat yang ditubuh tidak akan menyeleweng dan menipu orangramai.Begitu juga BNM (Bank Negara Malaysia) jika terdapat syarikat yang menganjurkan pengambilan deposit haram iaitu menyalahi Bafia (Akta Bank dan Syarikat Peminjam) jangan tunggu lapuran,terus saja siasat.Jika salah sekat terus jangan sampai ramai yang rugi.Perkara seperti ini boleh disekat jika pegawai-pegawai di jabatan yang bertanggungjawab menjalankan kerja secara pro aktif.Jangan tunggu dan lihat kerana kesannya amat besar dan merugikan.Turunlah ke padang, jika berkesempatan pergilah dengar seminar2 pelaburan yang meragukan ini.Dari situ penilaian boleh dibuat samada ianya salah ke tidak.Kepada bumiputera, laburkanlah kekayaan yang ada ke dalam skim pelaburan yang terjamin pulangannya.Kesilapan terdahulu hendaklah dijadikan pengajaran.Dan yang penting adalah buang sikap TAMAK itu.Disebabkan ingin cepat kaya maka secepat itu juga lah kita miskin.

Jul 21, 2009

Tazkirah: Tanda-tanda Kematian Mulia

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah.
Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Jul 20, 2009

Siapa Yang Bunuh?

Sehari dua ni begitu hangat isu yg debatkan di blog2 berkaitan kematian mengejut Teoh - Political Secretary Exco Selangor.Bermacam-macam teori diberikan dan semuanya menjurus kepada mendiang Teoh telah dibunuh. Pihak yang perlu bertanggungjawab pula dibahu MACC kerana mendiang telah berada di sana untuk soalsiasat dan mati pula di kawasan MACC. Tetapi yang menariknya,banyak blog-blog yang anti kerajaan mengatakan mendiang Teoh telah dibunuh dan bermotifkan politik. Siapa kah yang bunuh dia? Adakah mendiang Teoh punyai maklumat yg akan menggegarkan Malaysia?Adakah maklumat itu akan menjurus kepada seseorang dalam kerajaan atau bukan kerajaan sehingga tergamak membunuhnya?Jika benar mendiang dibunuh bermotifkan politik,hanya 2 pihak saja terlibat iaitu samada dari parti yang dianggotainya DAP atau BN saja (kalu BN terlibat tak perlu lah mendiang dipanggil untuk disoalsiasat,hebahkan je seantaro dunia atau dia sukarela ke MACC)...Sama2 lah kita fikirkan.

Jul 17, 2009

Selsema Ba Alif Ba Ya.....H1N1

Semenjak disebarkan serata dunia dari Mexico nampaknya influenza A ini tidak dapat dikawal. Kini di Malaysia telah ramai dijangkiti hanya yang belum ada hanyalah kematian akibat jangkitan ini. Nauzubillah dan minta dijauhkan. Tiap hari terdapat jangkitan baru, bukan dari impot tetapi jangkitan domestik. Pihak berkuasa juga nampak macam buntu. Dengarkata hanya hujung tahun ini saja vaksin untuk selsema ini boleh didapati di sini. Walau pun semakin hari semakin bertambah, penerangan berkaitan wabak ini amat kurang terutamanya di luar bandar. Pihak berwajib perlu turun padang untuk menerangkan perihal wabak ini.Janganlah sehingga terjadi sesuatu perkara yang tak diingini baru nak bertindak. Semalam sebuah cawangan universiti tempatan (Uitm Lendu) telah ditutup kerana wabak itu telah menyerang sebilangan warganya. Berkemungkinan mereka yang dijangkiti pulang ke kampung halaman dan akan menyebarkannya di tempat mereka. Maka tindakan awalan perlu dilakukan. Hebahkan semua ini di saluran hebahan perdana.Cegah sebelum parah.

Jul 9, 2009

Kisah Sedih PPSMI

Agak terkejut dan sedih jugak la bila TPM bagitau mansuh PPSMI ni mulai 2012....Macam ada sesuatu je kerana tahun 2012 tu mungkin tahun pilihanraya umum. Kenapa mansuh?Dikatakan pasal ramai murid jadi lembap dalam matematik dan sains kerana tak paham B Inggeris. Tapi adakah yang dok bangkang sebelum ni murid-murid atau makpak murid? Yang dok piket lah, berucaplah semua yang dah abis belajar...tak nampak plak murid-murid yang piket dan angkat kain rentang tak mahu PPSMI...Yang belajar murid-murid ni,tp kenapa murid-murid tua pulak yang bantah? Agaknya murid-murid tua ni macam murid-murid dalam kelas cite P Ramlee tu kot.Tak boleh nak paham apa yang diajar.Otak dah bengap.
Kesian kat murid-murid ni nanti,begitu jugak cikgu-cikgu yang telah dilatih dan dibayar elaun xtra mengajar Maths dan Science dalam B Inggeris ni.Kalu mansuh nanti buku teks kena tukar lagi,untunglah penerbit buku teks.Cikgu-cikgu pulak elaun kena tarik balik lah kot?Kuranglah pendapatan cikgu-cikgu ni.
Dikhabarkan dengan pemansuhan ini maka pengajaran Maths dan Science akan diajar dalam bahasa ibunda semula.Maka orang Melayu akan diajar dalam bahasa Malaysia,orang Cina dalam bahasa Mandarin dan orang India dalam bahasa Tamil.Banyaknya buku teks baru kena terbitkan.Bertambah kaya lagi penerbit dan pencetak buku teks.Yang teruk murid-murid dan cikgu-cikgu.Kena pi kursus lain plak.Macam mana dengan kaum minoriti yang lain?Orang siam kena belajar dalam bahasa apa?Kaum Sikh plak?Nanti ada wakil rakyat kaum Sikh melenting lagi sebab bahasa mereka dipinggirkan...Orang Iban,Kedazan dan bermacam-macam etnik di Sabah dan Sarawak bagaimana?Adilkah jika disuruh mereka belajar dalam B Malaysia?Susah-susah macam ni,sure pening kepala PM bila ramai yang mengadu. Ialah macam kata dalam ruanganan senyum kamben...susah nak penuhi setiap kehendak. Kalau terasa susah bukankah PPSMI yang asal adalah jalan tengah?Kalu macam ni bole kah motto 1Malaysia digunapakai?Susah jugak tu sebab masing-masing nak bahasa ibunda sendiri,so payah nak apply 1Malaysia ni...
Bukankah setiap kali keputusan peperiksaan UPSR,PMR dan SPM diumumkan, diberitahu bahawa pencapaian murid-murid dalam kes PPSMI ini bertambah baik?Tup tup dimansuhkan pulak.Heran jugak adakah lapuran itu palsu dan tidak tepat?Yangmana betul ni?Ntah ntah orang yang buat kajian tu silap buat lapuran kot?Depa tu ada kelayakan ke?Atau buat lapuran untuk memenuhi sesuatu aspirasi atau kehendak segelintir?Nk minta SPRM siasat pon susah,adakah unsur salahguna maklumat atau silapguna maklumat bole disiasat?Itu hanya pihak SPRM yang bole jawab.
Diberitahu jugak jam pembelajaran B Inggeris akan ditambah.Baguslah, maknya murid-murid akan belajar B Inggeris lebih masa.Bila lebih masa maka akan lebih paham lah kan.Macam kije lebih masa maka dapat lebih duit.So diharap macam tu jugaklah.Tapi ari tu TPM merangkap Menteri Pelajaran buat kenyataan terkejut mengatakan sistem pengajaran B Inggeris kini tidak macam dulu.Yang mana tidak diajar asas bahasa tersebut.Betul ke?Ntah lah sebab hanya cikgu je yang tahu. Kalu dulu cikgu ajar kenapa ia Singular atau Plural, apa itu Present,Past and Future Tense...knape, sekarang ni tak diajar mcm tu kah?Msh teringat dulu guna buku Betty Azar klu tak silap masa belajar dulu...kalu asas-asas tu digunapakai sure tak jadi masalah pada murid untuk kuasai B Inggeris.Tapi kalu bukan,pasti berapa jam pon ditambah masalah tak paham tu akan sama jugak.Sepatutnya murid-murid umpama kain putih...mudah untuk dicorakkan.Maka tanggungjawab itu adalah pada ibubapa dan cikgu-cikgu..Bukan macam murid-murid tua yang berpiket tu..dah mcm mcm kaler ade..ade biru ade merah ade ijau...susah lah jugak nak dicorakkan..kena pakai clorox kot...tp tak akan boleh jugak sbb clorox hanya sebagai peluntur.Kalu selalu guna clorox nanti kain reput mcm otak murid murid tua tu lah.
Tapi apa apa pon ianya dah diumumkan untuk dimansuhkan pada 2012 nanti.Bole ubah lagi kah?Kalu tak dimansuhkan alangkah baik nya...Tapi yang pasti murid-murid tak akan membantah kerana mereka tidak mengerti tujuan dibuat sesuatu polisi.Mereka itu hanya perlu belajar...jadi apa saja akan diikuti tanpa merungut.Semua ini yang menerima padah adalah murid-murid...kecian kat depa....

Jun 9, 2009

Jgn Pandang Blakang Congkak....

Hahahahahaha...lawak toi citer nie....kisah 3 sepupu sepapat yg tak kenal antara satu sama lain tetapi punyai tokwan pemilik bermacam2 hantu....itu adalah kisah masyarakat...adakah lagi mcm tu tak tahu lah..tp jangan ambil pusing sgt akan jalan cerita...sebab yang utama kita ke panggung adalah untuk berhibur...kira alrite jgk lah citer nie...kalu ade si Pet Pet tu mmg gamat lah...syiok jugak..ilang tension kije...apa2 pon kira bagus lah berbaloi baloi bak kata Amy Search... Kalu ada masa p lah tgk...ada antu toyol merempit....kelakar gilos....

Jun 5, 2009

Kemana Hilangnya Rasa Kasih Sayang....

Agak sedih apabila terbaca lapuran ini...BALING: “Di pondok buruk ini nenek akan menghabiskan sisa hayat nenek. Meskipun terpinggir dan tidak menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan, nenek masih bahagia kerana tidak mengganggu hidup orang lain,” kata Siti Atkah Tahir, 76, yang tinggal sebatang kara di Kampung Rambung, Batu Tujuh, Jalan Kroh, di sini...dilapurkan oleh Harian Metro 5 Jun 2009.

Masih adakah lagi insan-insan seperti nenek ini?Walaupun katanya...“Saya bersyukur kerana apabila terputus bekalan, ada jiran menghulurkan makanan. Mereka juga kerap menjenguk untuk ajak berbual selain bertanya khabar berikutan saya kini tinggal berseorangan,” katanya yang mendakwa mempunyai enam anak tetapi semua sudah berhijrah dari daerah ini dan jarang pulang menjenguknya.

Mengapakah dan apakah yang menyebabkan kesemua waris nya membiarkan nya keseorangan di situ? Tentu ada yang berkecil hati pabila terbaca akan luahan ibu tua ini, mengapa pula ingin berkecil hati? Walhal sepatutnya ibu tua itu yang berkecil hati dengan tindakan anak-anaknya. Susah sangat kah membela seorang ibu tua yang telah uzur ini? Kemanakah hilang nya rasa kasihsayang mereka terhadap ibu tua ini? Semuga selepas kisah ini dipaparkan terbukalah pintu hati anak-anaknya untuk menjaga segala kebajikan ibu ini...Benarlah seperti pepatah " Anak yang ramai tidak menjadi masalah untuk dijagai oleh ibubapa, tetapi ibubapa ini tidak tentu dapat dijagai oleh kesemua anak-anaknya... Sudah hilangkah kasih sayang mereka?

May 5, 2009

Ape dah jadi ni?

Ish ish ish macam macam hal lah dengan kisah politik kat Perak ni.Tak habis habis dari kes BN hijack Negeri Perak hingga lah ke kes terbaru ngatakan speaker nak tangguh dewan dari bersidang.Alasan konon nya akan berlaku pertikaman lidah yang tidak terkawal oleh speaker itu sendiri.Tentu DAHSYAT kan?Kalau tidak masakan speaker memberikan alasan begitu.Tetapi siapa yang akan lebih dahsyat mengeluarkan kata kata sehingga berlaku nya pertikaman lidah ni?Kita tunggu dan lihat.Jangan ada yang bertikam sesama sendiri sudah lah.Perlu disaring ahli ahli dewan yang hadir,takut takut ade yang membawa barangan merbahaya.Periksa juga lidah lidah mereka,mungkin ade lidah yang tajam sangat sangat.HAHAHAHAHA...Apa apa pun konflik ini tak akan ada kesudahan nya selagi tiada kompromi atau pemenuhan kehendak setiap pasukan yang berbalah...Ada saja yang tak kena, memang itu tabiat manusia, tak pernah mensyukuri apa yang ada, mereka tak kisah berapa lama nak berbalah asalkan elaun mereka tetap masuk akaun tiap bulan...yang rugi adalah pengundi pengundi mereka..Peduli apa dengan pengundi...nanti setiap 5 tahun jumpa lah lagi untuk rayu undi...Nasib nasib...

Apr 29, 2009

Ayam Ada Bermacam Harga

Diberitakan bahawa harga pasaran ayam dinaikkan kembali sebanyak 60sen berkuatkuasa hari ini. Ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dan keadaan cuaca yang kini agak panas dan tidak bersesuaian untuk penternakan ayam. Itu alasan yang diberikan oleh penternak ayam. Hairan juga, kerana kita sekarang ini bukannya di ambang sesuatu musim perayaan seperti Hari Raya Puasa atau musim cuti sekolah di mana banyak nya kenduri kahwin. Sudah tentu nya permintaan terhadap ayam tidak meningkat mendadak seperti musim-musim tersebut. Dikatakan juga faktor cuaca panas, tetapi di sana sini masih terdapat hujan lebat yang melanda. Jadi apakah faktor sebenarnya yang melonjakkan harga ayam ini? Walhal sebelum ini harganya diturunkan sebanyak 2 kali. Alasannya adalah faktor permintaan yang menurun. Tetapi kini meningkat kembali, mungkinkah disebabkan wabak penyakit yang melanda dunia hari ini? Orang takut dan beralih ke sumber makanan yang lebih terjamin kurang risiko seperti ayam. Pihak kerajaan perlu meneliti perkara ini, walaupun telah ditetapkan harga siling, perubahan mendadak turun naik ini perlu diperhati dan diteliti. Mungkinkah ada "permainan spekulasi" dalam harga ayam? Sebenarnya mereka yang terlibat dalam industri ternakan ini lebih arif, bagi mereka yang memakan ayam pasti rasa terbeban.Sudah lah harga ikan mahal nanti nak makan apa pulak? Harga telur ayam pun masih lagi tinggi, ini pula harga ayam. Tapi ada ayam yang harga nya dok turun....ayam apa ye?Permintaan sentiasa ada.Harga pula ikut darimana datangnya ayam itu.Suka makan ayam goreng dan rangka ayam pasar malam sahaja.

Apr 28, 2009

Penyakit Menyerang Kembali...

Setelah sekian lama tidak kedengaran wabak penyakit yang membawa maut dihebah kan sejak JE, tiba-tiba kita dikejutkan dengan satu wabak baru yang asalnya dari binatang khinzir iaitu dikenali sebagai "SWINE FLU".Habis kelamkabut satu dunia apabila jumlah kematian meningkat di Mexico. Pihak WHO juga telah memberikan peringatan tahap 4 terhadap wabak ini.Nampak sangat susah hati semua orang di dunia ini. Sampai kan di Jepun harga topeng pelindung muka dijual berkali ganda harga nya.Ini semata-mata untuk melindungi dari jangkitan penyakit tersebut yang dikatakan merebak melalui udara. Hampir semua pintu masuk negara-negara dikawal ketat dan diletakkan pakar2 perubatan untuk mengesan pembawa penyakit ini. Tidak terkecuali juga Malaysia. Bukankah sudah diketahui bahawa bermacam-macam penyakit ganjil dan maut dibawa oleh binatang ini? Sebab itu agama Islam melarang umatnya memakan dagingnya begitu juga agama Yahudi yang mengharamkan umatnya memakan daging binatang ini. Jadi mengapa perlu binatang ini diternak walhal ianya memudaratkan.Maka tak perlulah dimakan kerana masih ada lagi alternatif lain umpama lembu, ayam dan itik. Hairan jugak, sedap sangat kah?

Apr 9, 2009

Menariknya Kesimpulan Hasil PRK 2 Bukit...

Kita telah ketahui hasil dari 3 PRK baru-baru ini. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya mengapa BN tetap kalah di 2 bukit itu...banyak andaian dan kesimpulan dibuat dari hasil PRK baru-baru ini. Ada yang mengatakan BN masih tidak dapat memenangi hati pengundi atau memang tiada pengundi hantu yang sentiasa memberi kemenangan kpd BN seperti yang sering didakwa oleh pembangkang setiap kali BN menang. Tapi ade satu pandangan menarik yang dilontarkan oleh saudara ROSLEE MARDAN ini. Cubalah sesiapa yang berkuasa dan mempunyai pengaruh dalam parti pemerintah BN mengambilkira fakta yang beliau lontarkan ini. Bagi saya ada kebenarannya. Lakukanlah pembaharuan dalaman untuk terus berkuasa.

Mar 31, 2009

Bersidang Sudah Yang Menang Dan Kalah Usah Berbalah

Setelah hampir 3 bulan diperuntukan untuk ahli-ahli perwakilan parti UMNO membuat pemilihan mereka terhadap barisan kepimpinan baru parti UMNO. Telah sah dipilih mereka-mereka yang diyakini dapat memulihkan kredibiliti parti UMNO di mata masyarakat Malaysia amnya.Tetapi yang lebih penting adalah memulihkan keyakinan ahli UMNO sendiri terhadap barisan kepimpinan baru yang diketuai DS Najib. Jika sebelum ini di mana-mana kedengaran pelbagai cerita,tohmahan dan cercaan terhadap calon-calon yang bertanding yang mana ianya datang dari pihak luar parti UMNO dan ahli-ahlinya sendiri, diharap selepas ini ianya akan reda.

Kepada barisan kepimpinan yang terpilih,syabas diucapkan.Ini kerana anda telah diberikan mandat dan keyakinan serta amanah oleh perwakilan yang mewakili ahli-ahli akar umbi untuk anda menerajui parti.Usah dilupakan segala janji-janji yang anda buat.Usahlah ucapan yang anda berikan selepas kemenangan hanya ucapan berbentuk retorik semata-mata.Ingatlah akan ikrar yang anda lapazkan.Jika mandat,keyakinan dan amanah yang diberikan ini anda nodai mungkin di dunia ini anda terlepas, bagaimana pula di akhirat kelak? Ini kerana anda adalah orang Melayu yang sememangnya beragama Islam. Anda berkata bahawa agama, bangsa dan negara adalah teras perjuangan anda, maka penuhilah janji-janji dan ikrar anda ini.

Buat mereka yang kalah, ini bukanlah penghujung atau penghalang usaha anda untuk berkhidmat dalam parti dan masyarakat. Mungkin kali ini anda tiada rezeki, manalah tahu di pemilihan akan datang peluang anda pula akan terbentang. Usahlah terus mendiamkan diri umpama merajuk. Ini kerana khidmat anda masih diperlukan. Berikanlah khidmat terbaik walaupun anda tidak dalam barisan kepimpinan. Ini kerana setiap calon mempunyai sokongan dari akar umbi yang mereka wakili. Jika mereka berdendam dan merajuk, yang rugi adalah parti dan akar umbi. Maka janganlah pentingkan diri sendiri, utamakan akar umbi dan parti. Ini kerana tanpa akar umbi dan parti siapa lah mereka. Buat barisan lama yang tidak terpilih pula, usahlah berkecil hati, anda telah diberi peluang untuk berkhidmat. Sudah tentu khidmat anda itu dihargai. Berilah peluang kepada akar umbi untuk memilih teraju baru yang mereka yakini dapat membawa mereka ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Ini adalah lumrah alam, yang lama digantikan dengan yang baru. Bersatulah kembali demi memantapkan perjuangan.

Mar 24, 2009

Apa dah jadi?

Hari ini dalam akhbar harian Metro (klik sini) dilapurkan bahawa sebuah keluarga melayu yang tinggal di Kuantan hampir-hampir murtad apabila mereka merasa tertekan akibat dari tindakan jiran-jiran di penempatan mereka. Mereka hampir untuk menemui seorang paderi untuk meminta nasihat berkaitan masalah mereka. Mengapa ini boleh terjadi? Adakah disebabkan tekanan hidup atau tindakan pemulauan yang dilakukan oleh penduduk setempat? Jika mereka ini murtad, siapakah yang harus disalahkan? Mujur lah atas tindakan pantas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyelamatkan keluarga ini daripada murtad. Syabas kepada mereka-mereka yang perihatin ini.

Tetapi hairan juga, kenapa ketua keluarga itu begitu nekad untuk berbuat sedemikian? Tiada kah lagi orang-orang Islam lain yang dapat dijadikan tempat mengadu dan rujukan? Atau mereka-mereka tersebut mengambil sikap lepas tangan, jika ini lah sikapnya maka tidak mustahil lah akan terdapat ramai lagi orang-orang Islam akan memilih jalan seperti keluarga ini. Apakah yang harus kita lakukan jika terdapat orang-orang Islam yang terdesak seperti keluarga ini? Adakah dengan melihat dan membiarkan saja atau menangani masalah ini secepat mungkin? Adakah alasan tekanan dari jiran-jiran itu benar atau akidah sebenarnya telah menipis?

Mar 23, 2009

Pilih Memilih....

Minggu nie musim pilih memilih akan berlaku dlm parti pemerintah iaitu UMNO...parti unggul org2 Melayu... dikatakan pilih memilih kali ni akan ada pertempuran hebat...ialah nak pilih Panglimo ke2 dan Panglimo Mude... Mula2 dulu pilih memilih Panglimo Mude agak hangat diperkatakan...ialah pertarungan 3 penjuru.. seorang Anak Bapak, seorang lagi Anak Menantu dan seorang lagi Anak Jawo...tp sekarang nie dah kureng hangat sebab pilih memilih jawatan Panglimo ke2 menjadi hangat bila seorang bakal panglimo dinyahkan dari senarai pilih memilih. Maka sekarang tinggal lah bakal panglimo dari Johor dan Selangor...sama hebat sama gagah tu.

Tapi dalam pilih memilih ni...sengit jugak kali ni..sbb Panglimo Besar dah menang tanpa bertanding. Kalu ade pilih memilih dlm kategori ni lagi lah meriah.Pasti perang gegak gumpita. Apa2 pun kepada yg bertanding tu tahniah diucapkan kerana telah layak..kepada yg tak layak cuba lah lagi lain kali selagi ade umur yg panjang. Kepada yg bakal menang pulak...usah celebrate sampai mabuk gilos...cukuplah sekadar berpesan dlm diri sendiri bahawa jawatan yg dimenangi ini adalah amanat dan berjanjilah akan berkhidmat dgn amanah. Jangan pulak bila dah menang mula berfikir utk berbuat benda2 yg dilaknat. Alamat nya akan dikutok lah sampai kiamat.

Tunggu saje lah nanti...tgk2 sape yg menang...tp yg pasti perlu menjawab dan bertanggung jawab adalah mereka2 yg terpilih mewakili bahagian utk memilih di perhimpunan kelak. Kepada mereka lah sebenarnya terletak maruah UMNO. Jika mereka2 ini org yg bermaruah, mereka akan pilih panglimo2 yg benar2 bermaruah. Jadi di tangan mereka lah sebenar nya terletak maruah UMNO, orang2 Melayu, agama Islam dan negara Malaysia. Jika berlaku sesuatu yang mengaibkan maka di bahu mereka lah akan tergalas segala dosa2 itu.

Selamat bersidang dan pilih memilih kepada perwakilan UMNO..walaupon saya ini bukan ahli (dulu ahli lah tetapi sejak yg lama diharamkan dan ditubuh yg baru--nama saya tercicir dr yg baru). Cuba-cubalah amati apa yang diucapkan oleh seorang pemimpin ini disini.

Mar 12, 2009

Dilema ‘orang biasa-biasa’ bila semua harga barang naik

SAYA tahu kerajaan membentangkan bajet mini. Tapi saya tidak tahu apa kesan langsungnya kepada saya. Saya cuma orang biasa dan juga dikelilingi oleh orang biasa yang mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan tinggal di ibu kota.
Bagi yang tinggal di kampung-kampung, mereka ada tanah boleh tanam sayur, ternak ayam, itik, kambing sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan bila masa duit terputus untuk membeli barang keperluan.
Bagi saya dan rakan–rakan yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan terutama di rumah-rumah pangsa, mana ada tanah mahu bercucuk tanam. Paling tidak pun bolehlah tanam dua tiga pasu sayur.
Dalam keadaan sekarang, kami sudah tidak terfikir untuk membeli kereta baru, sebab tidak mampu menanggung bayaran ansuran. Kami buat bajet sendiri di rumah. Makanan kami dicatu.
Makanan tidak boleh mewah. Yang pastinya, harga telur ayam dan ikan bilis yang merupakan makanan ruji kami juga kini sudah naik. Harga keperluan asas lain seperti beras, bawang, minyak masak, gula, garam, ikan sardin turut naik. Telur ayam sepapan sekarang sudah dekat RM10, yang dulunya boleh dapat dua papan.
Untuk anak–anak kadang-kadang terpaksa bagi makan telur dan kicap saja. Ayam bagi kami sudah menjadi makanan separa mewah. Ikan sekarang sudah dikategorikan makanan mewah.
Saya bukan pakar ekonomi, jarang baca surat khabar, tengok TV pun tak faham apa yang diterangkan. Rasanya kami lebih dapat banyak maklumat dari mulut ke mulut.
Golongan kami ada yang prokerajaan dan ada yang propembangkang, ada juga yang berkecuali. Tapi kami mengalami masalah yang sama, tak ada Yang Berhormat yang datang menjelaskan kepada kami mengenai keadaan ekonomi sekarang.
Banyak perkara yang saya tidak faham:
- Kenapa kerajaan perlu beri subsidi RM480 juta kepada syarikat tol.
- Kerajaan sudah menolong pengguna dengan tidak menaikkan kadar tol, saya ucapkan terima kasih. Tapi mengapa syarikat tol tidak boleh berkorban dengan tidak mengambil RM480 juta itu?
- Kereta rakyat Malaysia semakin banyak menggunakan laluan tol. Mesti untung syarikat tol sudah banyak.
- Mahu balik kampung kerajaan galakkan naik kenderaan awam. Paling murah pun kami mampu naik bas. Harga tiket bas sekarang kalau balik Kelantan sudah lebih RM40 seorang. Bagaimana pula kami yang ramai anak ini? Kurang-kurang hampir RM200 untuk tambang sahaja.
Oleh itu lebih senang kalau balik dengan kenderaan sendiri lebih selesa. Di bandar kereta sudah menjadi keperluan asas terutama bagi mereka yang tempat kerja jauh dari rumah serta mereka yang yang mempunyai anak yang ramai.
- Tapi duit gaji habis untuk bayar minyak dan tol selain bayar ansuran kereta.
- Syarikat insurans pula tidak bolehkah bertolak ansur membantu kerajaan dan pengguna. Tidak bolehkah kurangkan bayaran insurans kereta ataupun lanjutkan tempoh insurans itu dari setahun ke dua tahun?
- Pasal hingar bingar soal pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pun memeningkan saya juga. Saya pasti yang menyokong dan menentang sama banyak.
- Buat saja dua aliran, siapa yang mahu belajar dalam bahasa Inggeris masuk kelas A dan sebaliknya masuk dalam kelas satu lagi.
Sesiapa yang mengambil Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris berikan keistimewaan apabila memohon ke sekolah asrama penuh, universiti atau hendak buat pinjaman atau biasiswa, kerana mereka lulus walaupun susah.
- Atau buat satu subjek khas digabungkan Matematik dan Sains Intermediate macam kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 1119.
Kami bukan nak mengeluh, tapi menceritakan keadaan sebenar. Sebahagian daripada kami bukan pakar politik, mahupun pakar ekonomi. Kami bukanlah orang penting tapi undi kami dapat menentukan kerajaan yang memerintah.
Bagi pihak berkenaan, tolonglah pantau harga keperluan terutama makanan yang tidak turun-turun.
Jangan pantau harga barang orang kaya saja. Buatlah senarai barang-barang yang diperlukan oleh orang biasa macam kami dan orang miskin di luar bandar. Barang-barang itulah yang perlu diturunkan harga dan diberi lebih banyak subsidi.

ORANG BIASA-BIASA
Kak Yah, Kak Jah, Kak Dah,Mak Cik Milah, Mak Jenab
& Bang Antu

Mar 11, 2009

Antara Tempatan Dan Impot

Tempatan bermakna dalam negara manakala impot pulak dari luar negara. Kebanyakan kita suka akan yang diimpot dari tempatan. Contohnya, barangan impot lebih baik kualiti dari tempatan walaupun harga nya mahal sedikit. Kalau beli yang tempatan kureng standard lah kunun. Macam orang kawen orang luar negara, ada yang kata lelaki mat saleh ni "very loving" "understanding" dan mcm mcm lah sbb dah terbekenan atau disebaliknya. Lelaki tempatan plak tak sebaik lelaki mat saleh...agaknya sbb depa tu putih gebu kot...tp mcm ne dgn lelaki Afrika yg gulita tu? Mungkin sbb nampak macho kot, iyelah kan itam itu menawan....hehehehehe...lelaki tempatan plak dingin aje kot? Kureng menepati ciri ciri idaman hati wanita tempatan...itu lah keluhan yg sering kedengaran.
Tp yg ingin dibincangkan disini bukan perihal itu...ini berkaitan pekerja tempatan dgn pekerja impot. Semalam telah diberitakan bahawa kerajaan membatalkan visa utk beberapa ribu pekerja impot yg sedang menunggu utk masuk bekerja di sini. Bagus tindakan itu. Iye lah tgh dok gawat ni, tambahan plak ramai rakyat tempatan yg telah ilang pekerjaan. Kalau diambil lagi tenaga impot kemana nk letak org tempatan ni? Dan semalam jgk kerajaan telah naikkan levi pekerja impot sekali ganda dan dibayar oleh majikan. Langkah ini adalah utk memastikan tiada pekerja impot diambil lagi, berilah peluang pd org tempatan pulak.. Tetapi ada pihak majikan yg tidak bersetuju, mereka kata ini akan meningkatkan lagi kos operasi mereka. Yang pastinya kos ini akan dikenakan pd pelanggan iaitu org tempatan. Cnth...kata Pengerusi Restoran Muslim dan India Malaysia, yg mana ramai pekerja mereka adalah warga impot. Ini akan membebankan mereka, kerana akibat dari kenaikan levi itu mereka terpaksa menanggung kos tambahan sekurang2nya RM10 sehari untuk setiap pekerja warga impot mereka. Ini bermaksud jika gaji sehari warga impot itu RM20, maka sekarang majikan akn terpaksa bayar RM30. Mengapa warga impot jadi kesukaan mereka? Adakah mereka ini rajin? Tidak pemalas mcm org tempatan spt yg didakwa? Warga impot pulak tidak merungut perihal gaji murah? Walhal kebanyakan org tempatan masih lagi mendapat bayaran yg lebih murah dr warga impot. Apa salah nya membayar RM30 itu kepada org tempatan daripada diberikan pd warga impot? Kenapa kepada org tempatan dibayar murah? Bukan kah mereka juga punyai keluarga utk disara? Kalu dgn pendapatan yg sedikit mcm mana mereka dpt memberikan kehidupan yg baik utk keluarga mereka. Memang lah warga impot ini tak kisah sgt pasal gaji murah, ini kerana mereka hidup secara berkumpulan dan tempat tinggal diberikan percuma oleh majikan. Manakala yg bekerja di restoran pulak, makanan diberi purcuma. Kalau diambil kira kos itu semua termasuk gaji, ianya melibatkan sehingga hampir RM50 sehari. Jadi tidak kah boleh diberikan kepada org tempatan? Walhal mereka ini terpaksa berbelanja utk kediaman dan makanan sendiri.
Yang jadi persoalan disini ialah sikap tidak patriotik majikan yg amat bergantung kepada tenaga kerja warga impot. Jangan lah seperti menyusukan kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan. Adakah mereka lupa bahawa pelanggan mereka adalah org tempatan, kenapa tidak dikongsikan keuntungan ini bersama sama org tempatan. Langkah pengambilan pekerja tempatan akn mengurangkan aliran keluar wang negara. Bukan kah baik utk ekonomi negara? Bukan nya majikan tersebut tidak ketahui, mereka sebenar nya saja buat buat tak tahu. Sikap ini amat tidak baik sekali..
Seperkara lagi perihal org tempatan yg bekerja diluar negara dan sekarang ini terpaksa pulang kerana diberhentikan kerja. Contoh pekerja industri di Singapura. Mereka ini semacam diberi perhatian yg besar oleh kerajaan, nampak mcm besar kepala pulak. Dulu masa ekonomi bagus, mereka tidak ingin kerja di dlm negara kerana gaji ciput...depa kata. Kerja kat sana dpt bnyk...mcm eksekutif kat dlm negara, walhal mereka itu hnya pekerja biasa industri. Tetapi kini setelah ekonomi negara yg mereka tumpang itu merosot dan dibuang kerja, tahu pulak melalak kat kerajaan agar mereka ini dibantu. Tidakkah mereka fikir akan rakan2 yg bekerja di dlm negara yg juga terpaksa diberhentikan kerja juga perlu diberi perhatian? Mereka itu mcm rase diri mereka amt penting...ntah kan pernah bayar cukai pendapatan ke tidak? Yang pasti org tempatan kena byr cukai pendapatan jika layak dicukai. Mungkin mereka itu tak pernah bayar pon..asyik mengelak bila Borang Retan cukai dihantar. Sekarang ni melalak lebih pulak. Kalau ditawar gaji murah mereka akan tolak sbb tak cukop makan. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Asyik salahkan kerajaan aje yg mereka tahu. Semua nya tak kena....Apa yang kena agaknya?Anda tahu tak?

Mar 4, 2009

Pantun Kuih Muih....

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati....

gilos aper tukang karang pantun nie????????

Siapa Salah... Polis atau Penyangak?

Sekarang nie mcm mcm berlaku...kes politik, kes samun, kes meeting bwh pokok, kes fitnah dan mcm mcm lagi lah. Ni ade satu kes kira hangat jgk lah...kes polis kita.
Semalam ade seorang polis terpaksa lari dan lepaskan tembakan akibat dikejar oleh penyangak. Kes ni berlaku di sebuah restoran di Jln Masjid India, K Lumpur. Punya lah lawak polis lari diligan penyangak...patut nya polis ligan penyangak. Ini dah terbalik pulak. Mengapa jadi mcm ni? Kalu begini lah pada siapa kita nak dpt kan perlindungan? Polis atau penyangak?
Susah lah kalau mcm ni...kira kira nya sekarang ni penyangak lebih berkuasa dari pihak yang berkuasa... polis tembak penyangak pon disalahkan...polis buat aper saja sekarang ni semuanya salah...tak ade yang betul...siap dengan demontrasi lagi...ish ish ish...siapa yang betul? Penyangak kah yang betul? Kesian kat polis sekarang ni..dah lah dari dulu kena cop mkn rasuah..sekarang ni pulak tembak penyangak pon kena maki hamun jgk...ramai sungguh penyokong penyangak sekarang ni..Dulu tangkap penyangak sumbat dlm jail tetiba penyangak mati, polis gak yang salah sbb tak jaga penyangak...bila susah susah sgt jumpa penyangak terus tembak mati lagi lah jd susah...Habis tu nak buat mcm mana? Kalau polis mati kena tembak dgn penyangak, polis bukan dapat ape...abis2 dpt lah saguhati...ish ish ish susah sungguh polis sekarang ni...Nak buat mcm mana ye? Nak amik penyangak jadi polis? Dia orang tak mau...sbb jadi penyangak kalu mati di tangan polis boleh jadi hero...hero mcm " The Boss".... nasib lah wahai anggota polis...buat baik pon salah buat salah lagi lah salah...

Feb 27, 2009

Matahari Itu Akan Tenggelam Jua

Kudatang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku
Semakin jauh menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidak kusangka yang terang akan suram
Meskipun intan bayangnya
Jua tak berwajah
Biarpun gelap malam
Mata terpejam hatiku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam
Baru kutahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu
Terbuka jalan selebar dunia

........ fikirkan sesuatu itu tanpa menyempitkan fahaman terhadap sesuatu isu......

Slumdog Millionaire Vs Anak Betong

Filem yang hangat dicetak rompak...dgr kata nya lah. Mungkin jgk ade asas sbb selalu nya bila ada saja filem yg menang bnyk oskar maka lagi cepat lah diedarkan di pasar2 mlm. Realiti industri perfileman dan sykt penerbitan cetak rompak mempunyai hubungkait yg amt rapat.
Slumdog -----> kisah impian anak terbiar yg cuba mencari sinar dr kehidupan yg suram. Adakah kisah ini cuba dieksploitasi oleh pembikin filem utk meraih keuntungan atau cubaan utk membakar semangat mereka yg tercari cari sinar kebahagiaan kehidupan dlm suasana ekonomi yg amt mencabar ini? Ntah...hanya mereka saja yg tahu...tetapi dgn 8 oskar yg dimenangi, tuduhan cuba utk mengeksploitasi itu hampir lenyap. Walaupun terdapat bantahan dr sesetengah penduduk India (negara asal kisah ini) mengatakan filem ini mendedahkan keburukan kehidupan di sana, ianya tetap disanjung dan dihargai dgn pengurniaan oskar. Dgr kata kanak2 yg berlakon dlm filem itu diberikan penghargaan mendiami rumah flat 1 bilik kelak. Berbeza sebelum mereka berlakun, di mana mereka tinggal di dalam gubuk ( rumah yg diperbuat dr bahan buangan spt kotak atau bahan binaan terbuang). Bertuah nya mereka berbanding rakan2 lain yg msh menghuni kawasan tersebut. Moral dr filem ini adalah impian bkn penghalang utk maju. Pendedahan dr filem ini pula mengakibatan perubahan hidup pelakun kanak2 tersebut. Yg pasti kanak2 dr kejiranan mereka juga mempunyai impian utk berjaya.
Anak Betong -----> versi baru... pula menceritakan kerakusan dan ketamakkan manusia yang tak tahu mengenang budi. Cerita lama tp diadaptasikn sesuai dgn zaman...kisah ank pungut (di celah rimbunan buluh betong)...cerita pasai sikap manusia yg tamak, dengki n suka kpd ilmu2 hitam ini adalah mainan penggarap filem/drama Malaysia...tgk lh filem atau drama yg hampir semua nya kisah ilmu hitam, dunia korporat yg dengki dan percintaan yg tak kesampaian. Yg pasti pd mereka dunia yg mereka diami ini hnya berkisar tntng perkara yg disebutkn td. Tidak adakah perkara lain yg lebih pnting dlm pemerhatian mereka? Ntah lah...mungkin cerita2 yg lain susah utk dijual....Pedulikan lh...

Feb 25, 2009

Betulkah Dalam Diri Org Melayu Ada Elemen REJECT...

Terpanggil dgn isu yg dikira hangat jgk iaitu PPSMI, di sini disiarkan petikan luahan oleh seorang insan yg terasa kesal kerana tidak dibenarkan oleh org tua nya utk memasuki sekolah Inggeris dalam kelas khas Melayu (Special Malay Class)....alasan diberikan takut tak reti mngucap 2 kalimah syahadah... teruskan membaca luahan beliau....

ENAM puluh tahun lalu, keluarga saya tidak membenarkan saya belajar di sekolah Inggeris melalui Special Malay Class kerana takut saya tidak boleh mengucap Dua Kalimah Syahadah bila mati nanti. Cita-cita saya untuk menjadi diplomat tidak kesampaian. Dengan kelulusan yang ada, maka jadilah saya seorang guru sekolah Melayu di pendalaman.
Selepas lima puluh tahun merdeka, fahaman yang sama disebar oleh kumpulan elit Melayu. Mereka menghalang anak-anak Melayu terus belajar bahasa Inggeris melalui Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan alasan budak-budak ini nanti tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik serta hilang jati diri.
Anehnya, orang Melayu sentiasa merasa takut. Orang Melayu takut untuk bersaing. Orang Melayu takut untuk belajar lebih sikit. Orang Melayu mahu belajar yang senang-senang. Cabaran dan saingan adalah sesuatu yang menakutkan. Jika orang Melayu tidak sanggup mendaki Gunung Kinabalu, maka didesak pemerintah buat suatu peraturan supaya menghalang semua orang mendaki gunung tersebut. Jika orang Melayu merasa susah untuk belajar dan mengguna bahasa Inggeris, maka didesak kerajaan supaya haramkan PPSMI. Pendapat mereka yang disokong oleh kepetahan berbicara serta berlatar belakang status sosio, mereka mendapat perhatian.
Siapa yang lebih mengetahui potensi sebenar anak-anak desa semasa belajar Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Guru-guru yang setiap masa bersama-sama mereka lebih mengerti keupayaan anak-anak ini. Rujuk dan tanyalah guru-guru ini. Mereka yang berada di menara tinggi yang sekali sekala menoleh ke panorama desa, barang kali silap mata memandang. Kadang-kala kita ditipu oleh mata sendiri. Kerap kali kita juga ditipu oleh emosi sendiri.
Pekedai-pekedai Cina di tempat saya boleh bertutur bahasa Melayu, Mandarin, Hokkien, sedikit-sedikit bahasa Inggeris. Bila ke estet, orang-orang India boleh bertutur bahasa Melayu, Tamil dan fasih berbahasa Inggeris. Orang Melayu hanya tahu satu bahasa. Banyak orang Melayu yang tidak mengerti bahasa al-Quran. Malah banyak juga yang tidak faham apa yang dibaca semasa solat. Keadaan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mahu bersusah payah untuk belajar.
Dalam diri orang-orang Melayu ada elemen reject. Elemen ini menjadikan orang Melayu sangat lemah dan sangat manja. Orang Melayu akan menolak apa saja yang ada unsur cabaran atau payah. Dalam usaha mencapai kecemerlangan pelajaran, orang Melayu lebih gemar kepada soalan bocor dan soalan ramalan. Dalam bidang ekonomi, orang Melayu lebih suka pada skim cepat kaya atau dana berangkai.
Budaya 'menolak' ini menyerang semua lapisan masyarakat Melayu. Bila ada pihak menaja penentangan terhadap PPSMI maka ramailah yang akan terpengaruh. Orang-orang Melayu dicadang supaya belajar yang mudah-mudah sahaja. Subjek yang berat serta susah janganlah dicuba. maka bertambah-tambahlah lagi ketakutan mereka untuk berusaha belajar.
Semangat 'Malaysia Boleh' perlulah diterjemah kepada 'Melayu Boleh'. Dalam lain perkataan, orang-orang Melayu tidak akan mengalah dalam apa juga gelombang. Orang Melayu harus tegak berdiri bersama kaum-kaum lain di Malaysia. Jika mereka boleh menguasai pelbagai bahasa, mengapa perlu orang Melayu berundur setapak ke belakang?
Tidak perlu kita bandingkan dengan orang Jepun yang kuat berpegang kepada bahasa mereka sebabnya di negara mereka cuma ada satu bangsa sahaja.
Pakar-pakar motivasi selalu menyarankan supaya kita berfikir di luar kotak. Di pusat pengajian tinggi diajar teori serta konsep 'kecerdasan pelbagai' dan 'inovasi' adalah suatu konsep yang amat disanjung tinggi.
Tidakkah PPSMI ini suatu hasilan pemikiran di luar kotak atau suatu inovasi yang menjadi teras amalan pengurusan masa kini?
GURU MELAYU LAMA
Kulim, Kedah.
Betul jgk ape yg beliau katakan itu...tp tak faham kenapa ada pihak2 yg tertentu begitu keras membangkang.Adakah ini agenda politik sesetengah ahli politik?Tidak bagus kah idea PPMSI ini? Bukankah setelah dilaksanakan ianya terbukti tidak mendatangkan beban kepada pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan yg telah diwar-warkan?
Kenyataan dari Menteri Pelajaran baru-baru ini bahawa PPSMI ini akan dikaji semula. Adakah ia akan dimansuhkan atau dikemaskini? Tapi yang pasti menjadi mangsa keadaan adalah murid-murid nanti, mereka tidak tahu rasional nya PPSMI ini dibantah,apa yang mereka tahu hanyalah mereka perlu belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Tentu mereka pening apabila ianya dimansuhkan pula..Siapa yang untung? Pastinya penerbit2 buku untuk mata pelajaran tersebut....Yang rugi?Anak-anak kita termasuk anak-anak mereka yang membantah (itu pon jika anak2 mereka belajar di sekolah2 kebangsaan, jika sekolah internasional pasti bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris)
Tak tahu lah apa sebenarnya yang mereka perjuangkan? Adakah untuk mempertahankan Bahasa Melayu (Malaysia) atau sengaja utk mencari populariti? Diharap mereka berbuat sedemikian setelah memikirkan perkara ini secara ilmiah bukannya emosi. Anda pulak bagaimana?Setuju atau tidak setuju dengan isu ini?

Feb 24, 2009

Citer Pasal Sex Semua Mata Terbeliak....Modal Sembang Tu...

Salam semua.....
Topik arini kalau dibicarakan pasti dapat menarik minat ramai.
Tapi itu lah realiti kehidupan kini yang dihimpit pelbagai masalah.
Dalam suratkhabar atau TV atau Internet tak abes2 citer politik.
Boring gak kalu selalu dok dgr dan tengok..
Tapi kalu citer pasal sex ni semua suke...dari warong kopi hingga coffee house
tak kira lah rakyat marhaen ke atau pak menteri pasti jd modal bicara
Baru2 ni pasal tangkap gambar curi2 bukit orang...
Nak salahkan sape ye? Tuan punya bukit atau cameraman yang diundang tu?
Ikotkan fikiran rakyat jelata yang tak reti berhujah ni...tuan punya bukit salah
Cameraman tu hanya mengaplikasikan kemudahan teknologi yang ade
Secara moral nya memang dua dua tu salah...dah lah buat kije salah
Nak kata hak peribadi...kenapa disimpan rakaman tu di tempat yang salah
dgr kata dalam laptop sendiri...bukankah tu akan datang kan musibah...
Kalu nk buat kenangan pon...simpan dalam memori kepala otak udah la...
Ni pi simpan dlm memori komputer....hahahaha nasib badan lah kan...
Jgn lah pi salahkan orang lain kalu benda tu terbongkar atau tersebar...
Mungkin tuhan nak tunjuk siapa sebenarnya diri itu kot....hahahaha
Serupa jgk lah mcm kisah seorang lagi nie.... yang pi beromen kat luar tu
bukankah dah tahu kalu kat luar tu banyak mata yg dok perati...
bila asyik2 tempat sama dan orang yg sama sure orang suspect punyer...
kalu nak selamat buatlah kat tempat sendiri ke...itu pon tak tentu selamat
manalah tau jd mcm tuan punya bukit tu...dikianati pasangan sendiri...
Apa2 pon kalu dah salah tu tetap salah..samada nk terima atau ngaku je
Yang buatkan jd hangat tu sebab depa tu bukan rakyat marhaen...
kalu rakyat jelata biasa orang tak kisah sgt..abes2 pon rakaman tu dijual di pasar mlm
yang untung tokey VCD jgk...pandai sungguh tokey2 ni ye..amik untung dari situasi
Macam tu lah bisnes minded..apa saja yang bole jd duit...pasti digarap sebaik mungkin.
Nak salahkan saper yer? Ni satu lagi...Filem Bogel Terakhir boleh percaya ke?

Feb 23, 2009

Kenapa Mereka Semakin Menjadi Jadi?

Kenapa ye semakin menjadi-jadi
ape saje yg berkenaan mereka
dijadikan isu...
hinggakan sanggup ketepikan undang2 yg ada
mereka nak buat mcm undang2 rimba
patot ke?
yang salah dah tentu lah salah
nak buat ape dok tegakkan benang basah
nak tunjuk hero lah tu
konon-konon nya tertindas
padahal mereka lah yang cuba menindas
apa lah nak jadi
mungkin mereka ini sudah ada kelas
sebab itu mereka ini nak tunjuk kepala keras...
Kenapa dan apakah penyebab nya...
ada sesiapa yang tahu?
Hairan kerana orang India kini semakin keras...
salah siapa?