Jul 22, 2009

Kemana Kuasa Melabur Melayu?

Salam semua, semalam pada 21/7/2009 sekali lagi dilihat orangramai beratur panjang mengerumuni bank-bank wakil/ejen menjual Saham Amanah Malaysia.Baru2 ini kerajaan telah memaklumkan bahawa bahagian yang dijual adalah bahagian kaum bumiputera yang tidak dilanggan semenjak tahun 2000 semasa ianya dilancarkan.Daripada jumlah 2 bilion unit hanya 0.8 bilion saja yang dilanggan semenjak ia dilancarkan.Oleh sebab itu baki sebanyak 1.2 bilion dibuka untuk dilanggan oleh bukan bumiputera.Maka berpusu-pusu lah mereka menerpa peluang terbuka ini. Mengapa ini umpama goreng pisang panas? Tentulah bersebab,kalau tidak masakan berebut-rebut.Apa yang diketahui unit saham amanah Malaysia ini ditawarkan oleh PNB iaitu sebuah syarikat pelaburan tempatan yang berwibawa.Yangmana unit2 saham amanah yang mereka tawarkan sering memberikan pulangan yang menarik dan pelaburan pula terjamin.Ia adalah sebuah intsitusi pelaburan milik kerajaan,sudah tentu pelaburan yang dilaburkan terjamin pulangannya.Tengok sajalah unit2 saham amanah tawaran PNB seperti ASN,ASB,ASW dan banyak lagi,semuanya memberikan pulangan yang tinggi.Jika sebelum ini peluang ini hanya terbuka kepada bumiputera sahaja.Bukan bumiputera pula terpaksa melabur samada dalam bentuk simpanan tetap di bank2 perdagangan atau institusi saham amanah bukan kerajaan.Apa yang kita ketahui pulangan adalah amat kecil dan tidak terjamin.Maka apabila peluang ini terbuka,sudah tentu ianya tak akan dilepaskan.Bagaimana dengan bumiputera atau orang Melayu?Adakah mereka tiada kemampuan untuk melanggan,sehingga bahagian yang diperuntukkan untuk mereka terpaksa dibuka untuk orang lain?Sebenarnya orang Melayu berkemampuan,tetapi mereka lebih gemar melabur ke institusi yang memberi pulangan lebih tinggi serta cepat tetapi tiada jaminan. Banyak skim-skim yang memberi pulangan lumayan dan cepat telah membuktikan pelaburan tidak dijamin.Skim Pak Man Telo,Skim 350,Skim Swiss Cash dan yang terbaru skim pelaburan emas yang mana diberitahu BNM telah menyerbu pejabat 2 syarikat yang mengendalikan skim pelaburan emas ini baru-baru ini atas dasar mengambil deposit secara haram.Apa akan terjadi kepada pelabur2 dalam skim ini?Sudah tentulah syarikat tidak dapat menjamin pulangan dan pelaburan pokok tersebut.Ini kerana apabila BNM menyerbu dan merampas dokumen perniagaan secara automatik segala transaksi berkaitan pelaburan juga akan terhenti.Siapa yang rugi?Dah tentulah para pelabur yang dijanjikan pulangan tinggi dan cepat ini.Siapakah mereka?Mereka adalah bumiputera yang terdiri dari orang Melayu.Jika berdasarkan dari rekod yang lepas bukannya sedikit jumlah pelaburan yang hangus begitu saja,angkanya hingga berbilion ringgit.Bukankah ini menunjukkan bumiputera juga punyai kuasa langganan yang sama hebat dengan bukan bumiputera,hanya kuasa langganan pelaburan mereka tertumpu ke arah yang salah dan sering merugikan.Sampai bila ini harus berlaku?Sepatutnya bahagian bumiputera saham amanah Malaysia (ASM) yang ditawarkan kepada umum ini tidak akan berlaku jika bumiputera sedar akan kesilapan mereka.Kita lihat saja hari ini ramai yang mengadu bahawa tertipu dengan pelbagai skim pelaburan yang meragukan.Begitu banyak seminar2 pelaburan yang meragukan diadakan untuk menarik minat pelabur,bahkan ianya tumbuh seperti cendawan.Kebanyakannya menjanjikan pulangan segera yang tinggi tetapi perjalanan atau urusniaga yang dijalankan begitu samar dan tidak menyakinkan.Tetapi masih ada yang terjerat.Pihak bertanggungjawab bukannya tidak menyedari terdapat pihak2 yang menangguk di air keruh ini,tetapi mereka hanya menunggu bila ada lapuran yang dah kena tipu baru nak bertindak.Sepatutnya pihak bertanggungjawab bertindak kehadapan menyekat/siasat untuk mengelak orangramai tertipu.Contohnya bila sesuatu syarikat ditubuhkan dan teras perniagaan yang didaftarkan meragukan,pihak Pendaftar Syarikat perlu menemuduga lembaga pengarah untuk memastikan syarikat yang ditubuh tidak akan menyeleweng dan menipu orangramai.Begitu juga BNM (Bank Negara Malaysia) jika terdapat syarikat yang menganjurkan pengambilan deposit haram iaitu menyalahi Bafia (Akta Bank dan Syarikat Peminjam) jangan tunggu lapuran,terus saja siasat.Jika salah sekat terus jangan sampai ramai yang rugi.Perkara seperti ini boleh disekat jika pegawai-pegawai di jabatan yang bertanggungjawab menjalankan kerja secara pro aktif.Jangan tunggu dan lihat kerana kesannya amat besar dan merugikan.Turunlah ke padang, jika berkesempatan pergilah dengar seminar2 pelaburan yang meragukan ini.Dari situ penilaian boleh dibuat samada ianya salah ke tidak.Kepada bumiputera, laburkanlah kekayaan yang ada ke dalam skim pelaburan yang terjamin pulangannya.Kesilapan terdahulu hendaklah dijadikan pengajaran.Dan yang penting adalah buang sikap TAMAK itu.Disebabkan ingin cepat kaya maka secepat itu juga lah kita miskin.

Jul 21, 2009

Tazkirah: Tanda-tanda Kematian Mulia

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah.
Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Jul 20, 2009

Siapa Yang Bunuh?

Sehari dua ni begitu hangat isu yg debatkan di blog2 berkaitan kematian mengejut Teoh - Political Secretary Exco Selangor.Bermacam-macam teori diberikan dan semuanya menjurus kepada mendiang Teoh telah dibunuh. Pihak yang perlu bertanggungjawab pula dibahu MACC kerana mendiang telah berada di sana untuk soalsiasat dan mati pula di kawasan MACC. Tetapi yang menariknya,banyak blog-blog yang anti kerajaan mengatakan mendiang Teoh telah dibunuh dan bermotifkan politik. Siapa kah yang bunuh dia? Adakah mendiang Teoh punyai maklumat yg akan menggegarkan Malaysia?Adakah maklumat itu akan menjurus kepada seseorang dalam kerajaan atau bukan kerajaan sehingga tergamak membunuhnya?Jika benar mendiang dibunuh bermotifkan politik,hanya 2 pihak saja terlibat iaitu samada dari parti yang dianggotainya DAP atau BN saja (kalu BN terlibat tak perlu lah mendiang dipanggil untuk disoalsiasat,hebahkan je seantaro dunia atau dia sukarela ke MACC)...Sama2 lah kita fikirkan.

Jul 17, 2009

Selsema Ba Alif Ba Ya.....H1N1

Semenjak disebarkan serata dunia dari Mexico nampaknya influenza A ini tidak dapat dikawal. Kini di Malaysia telah ramai dijangkiti hanya yang belum ada hanyalah kematian akibat jangkitan ini. Nauzubillah dan minta dijauhkan. Tiap hari terdapat jangkitan baru, bukan dari impot tetapi jangkitan domestik. Pihak berkuasa juga nampak macam buntu. Dengarkata hanya hujung tahun ini saja vaksin untuk selsema ini boleh didapati di sini. Walau pun semakin hari semakin bertambah, penerangan berkaitan wabak ini amat kurang terutamanya di luar bandar. Pihak berwajib perlu turun padang untuk menerangkan perihal wabak ini.Janganlah sehingga terjadi sesuatu perkara yang tak diingini baru nak bertindak. Semalam sebuah cawangan universiti tempatan (Uitm Lendu) telah ditutup kerana wabak itu telah menyerang sebilangan warganya. Berkemungkinan mereka yang dijangkiti pulang ke kampung halaman dan akan menyebarkannya di tempat mereka. Maka tindakan awalan perlu dilakukan. Hebahkan semua ini di saluran hebahan perdana.Cegah sebelum parah.

Jul 9, 2009

Kisah Sedih PPSMI

Agak terkejut dan sedih jugak la bila TPM bagitau mansuh PPSMI ni mulai 2012....Macam ada sesuatu je kerana tahun 2012 tu mungkin tahun pilihanraya umum. Kenapa mansuh?Dikatakan pasal ramai murid jadi lembap dalam matematik dan sains kerana tak paham B Inggeris. Tapi adakah yang dok bangkang sebelum ni murid-murid atau makpak murid? Yang dok piket lah, berucaplah semua yang dah abis belajar...tak nampak plak murid-murid yang piket dan angkat kain rentang tak mahu PPSMI...Yang belajar murid-murid ni,tp kenapa murid-murid tua pulak yang bantah? Agaknya murid-murid tua ni macam murid-murid dalam kelas cite P Ramlee tu kot.Tak boleh nak paham apa yang diajar.Otak dah bengap.
Kesian kat murid-murid ni nanti,begitu jugak cikgu-cikgu yang telah dilatih dan dibayar elaun xtra mengajar Maths dan Science dalam B Inggeris ni.Kalu mansuh nanti buku teks kena tukar lagi,untunglah penerbit buku teks.Cikgu-cikgu pulak elaun kena tarik balik lah kot?Kuranglah pendapatan cikgu-cikgu ni.
Dikhabarkan dengan pemansuhan ini maka pengajaran Maths dan Science akan diajar dalam bahasa ibunda semula.Maka orang Melayu akan diajar dalam bahasa Malaysia,orang Cina dalam bahasa Mandarin dan orang India dalam bahasa Tamil.Banyaknya buku teks baru kena terbitkan.Bertambah kaya lagi penerbit dan pencetak buku teks.Yang teruk murid-murid dan cikgu-cikgu.Kena pi kursus lain plak.Macam mana dengan kaum minoriti yang lain?Orang siam kena belajar dalam bahasa apa?Kaum Sikh plak?Nanti ada wakil rakyat kaum Sikh melenting lagi sebab bahasa mereka dipinggirkan...Orang Iban,Kedazan dan bermacam-macam etnik di Sabah dan Sarawak bagaimana?Adilkah jika disuruh mereka belajar dalam B Malaysia?Susah-susah macam ni,sure pening kepala PM bila ramai yang mengadu. Ialah macam kata dalam ruanganan senyum kamben...susah nak penuhi setiap kehendak. Kalau terasa susah bukankah PPSMI yang asal adalah jalan tengah?Kalu macam ni bole kah motto 1Malaysia digunapakai?Susah jugak tu sebab masing-masing nak bahasa ibunda sendiri,so payah nak apply 1Malaysia ni...
Bukankah setiap kali keputusan peperiksaan UPSR,PMR dan SPM diumumkan, diberitahu bahawa pencapaian murid-murid dalam kes PPSMI ini bertambah baik?Tup tup dimansuhkan pulak.Heran jugak adakah lapuran itu palsu dan tidak tepat?Yangmana betul ni?Ntah ntah orang yang buat kajian tu silap buat lapuran kot?Depa tu ada kelayakan ke?Atau buat lapuran untuk memenuhi sesuatu aspirasi atau kehendak segelintir?Nk minta SPRM siasat pon susah,adakah unsur salahguna maklumat atau silapguna maklumat bole disiasat?Itu hanya pihak SPRM yang bole jawab.
Diberitahu jugak jam pembelajaran B Inggeris akan ditambah.Baguslah, maknya murid-murid akan belajar B Inggeris lebih masa.Bila lebih masa maka akan lebih paham lah kan.Macam kije lebih masa maka dapat lebih duit.So diharap macam tu jugaklah.Tapi ari tu TPM merangkap Menteri Pelajaran buat kenyataan terkejut mengatakan sistem pengajaran B Inggeris kini tidak macam dulu.Yang mana tidak diajar asas bahasa tersebut.Betul ke?Ntah lah sebab hanya cikgu je yang tahu. Kalu dulu cikgu ajar kenapa ia Singular atau Plural, apa itu Present,Past and Future Tense...knape, sekarang ni tak diajar mcm tu kah?Msh teringat dulu guna buku Betty Azar klu tak silap masa belajar dulu...kalu asas-asas tu digunapakai sure tak jadi masalah pada murid untuk kuasai B Inggeris.Tapi kalu bukan,pasti berapa jam pon ditambah masalah tak paham tu akan sama jugak.Sepatutnya murid-murid umpama kain putih...mudah untuk dicorakkan.Maka tanggungjawab itu adalah pada ibubapa dan cikgu-cikgu..Bukan macam murid-murid tua yang berpiket tu..dah mcm mcm kaler ade..ade biru ade merah ade ijau...susah lah jugak nak dicorakkan..kena pakai clorox kot...tp tak akan boleh jugak sbb clorox hanya sebagai peluntur.Kalu selalu guna clorox nanti kain reput mcm otak murid murid tua tu lah.
Tapi apa apa pon ianya dah diumumkan untuk dimansuhkan pada 2012 nanti.Bole ubah lagi kah?Kalu tak dimansuhkan alangkah baik nya...Tapi yang pasti murid-murid tak akan membantah kerana mereka tidak mengerti tujuan dibuat sesuatu polisi.Mereka itu hanya perlu belajar...jadi apa saja akan diikuti tanpa merungut.Semua ini yang menerima padah adalah murid-murid...kecian kat depa....