Apr 29, 2009

Ayam Ada Bermacam Harga

Diberitakan bahawa harga pasaran ayam dinaikkan kembali sebanyak 60sen berkuatkuasa hari ini. Ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dan keadaan cuaca yang kini agak panas dan tidak bersesuaian untuk penternakan ayam. Itu alasan yang diberikan oleh penternak ayam. Hairan juga, kerana kita sekarang ini bukannya di ambang sesuatu musim perayaan seperti Hari Raya Puasa atau musim cuti sekolah di mana banyak nya kenduri kahwin. Sudah tentu nya permintaan terhadap ayam tidak meningkat mendadak seperti musim-musim tersebut. Dikatakan juga faktor cuaca panas, tetapi di sana sini masih terdapat hujan lebat yang melanda. Jadi apakah faktor sebenarnya yang melonjakkan harga ayam ini? Walhal sebelum ini harganya diturunkan sebanyak 2 kali. Alasannya adalah faktor permintaan yang menurun. Tetapi kini meningkat kembali, mungkinkah disebabkan wabak penyakit yang melanda dunia hari ini? Orang takut dan beralih ke sumber makanan yang lebih terjamin kurang risiko seperti ayam. Pihak kerajaan perlu meneliti perkara ini, walaupun telah ditetapkan harga siling, perubahan mendadak turun naik ini perlu diperhati dan diteliti. Mungkinkah ada "permainan spekulasi" dalam harga ayam? Sebenarnya mereka yang terlibat dalam industri ternakan ini lebih arif, bagi mereka yang memakan ayam pasti rasa terbeban.Sudah lah harga ikan mahal nanti nak makan apa pulak? Harga telur ayam pun masih lagi tinggi, ini pula harga ayam. Tapi ada ayam yang harga nya dok turun....ayam apa ye?Permintaan sentiasa ada.Harga pula ikut darimana datangnya ayam itu.Suka makan ayam goreng dan rangka ayam pasar malam sahaja.

No comments:

Post a Comment