Jul 22, 2009

Kemana Kuasa Melabur Melayu?

Salam semua, semalam pada 21/7/2009 sekali lagi dilihat orangramai beratur panjang mengerumuni bank-bank wakil/ejen menjual Saham Amanah Malaysia.Baru2 ini kerajaan telah memaklumkan bahawa bahagian yang dijual adalah bahagian kaum bumiputera yang tidak dilanggan semenjak tahun 2000 semasa ianya dilancarkan.Daripada jumlah 2 bilion unit hanya 0.8 bilion saja yang dilanggan semenjak ia dilancarkan.Oleh sebab itu baki sebanyak 1.2 bilion dibuka untuk dilanggan oleh bukan bumiputera.Maka berpusu-pusu lah mereka menerpa peluang terbuka ini. Mengapa ini umpama goreng pisang panas? Tentulah bersebab,kalau tidak masakan berebut-rebut.Apa yang diketahui unit saham amanah Malaysia ini ditawarkan oleh PNB iaitu sebuah syarikat pelaburan tempatan yang berwibawa.Yangmana unit2 saham amanah yang mereka tawarkan sering memberikan pulangan yang menarik dan pelaburan pula terjamin.Ia adalah sebuah intsitusi pelaburan milik kerajaan,sudah tentu pelaburan yang dilaburkan terjamin pulangannya.Tengok sajalah unit2 saham amanah tawaran PNB seperti ASN,ASB,ASW dan banyak lagi,semuanya memberikan pulangan yang tinggi.Jika sebelum ini peluang ini hanya terbuka kepada bumiputera sahaja.Bukan bumiputera pula terpaksa melabur samada dalam bentuk simpanan tetap di bank2 perdagangan atau institusi saham amanah bukan kerajaan.Apa yang kita ketahui pulangan adalah amat kecil dan tidak terjamin.Maka apabila peluang ini terbuka,sudah tentu ianya tak akan dilepaskan.Bagaimana dengan bumiputera atau orang Melayu?Adakah mereka tiada kemampuan untuk melanggan,sehingga bahagian yang diperuntukkan untuk mereka terpaksa dibuka untuk orang lain?Sebenarnya orang Melayu berkemampuan,tetapi mereka lebih gemar melabur ke institusi yang memberi pulangan lebih tinggi serta cepat tetapi tiada jaminan. Banyak skim-skim yang memberi pulangan lumayan dan cepat telah membuktikan pelaburan tidak dijamin.Skim Pak Man Telo,Skim 350,Skim Swiss Cash dan yang terbaru skim pelaburan emas yang mana diberitahu BNM telah menyerbu pejabat 2 syarikat yang mengendalikan skim pelaburan emas ini baru-baru ini atas dasar mengambil deposit secara haram.Apa akan terjadi kepada pelabur2 dalam skim ini?Sudah tentulah syarikat tidak dapat menjamin pulangan dan pelaburan pokok tersebut.Ini kerana apabila BNM menyerbu dan merampas dokumen perniagaan secara automatik segala transaksi berkaitan pelaburan juga akan terhenti.Siapa yang rugi?Dah tentulah para pelabur yang dijanjikan pulangan tinggi dan cepat ini.Siapakah mereka?Mereka adalah bumiputera yang terdiri dari orang Melayu.Jika berdasarkan dari rekod yang lepas bukannya sedikit jumlah pelaburan yang hangus begitu saja,angkanya hingga berbilion ringgit.Bukankah ini menunjukkan bumiputera juga punyai kuasa langganan yang sama hebat dengan bukan bumiputera,hanya kuasa langganan pelaburan mereka tertumpu ke arah yang salah dan sering merugikan.Sampai bila ini harus berlaku?Sepatutnya bahagian bumiputera saham amanah Malaysia (ASM) yang ditawarkan kepada umum ini tidak akan berlaku jika bumiputera sedar akan kesilapan mereka.Kita lihat saja hari ini ramai yang mengadu bahawa tertipu dengan pelbagai skim pelaburan yang meragukan.Begitu banyak seminar2 pelaburan yang meragukan diadakan untuk menarik minat pelabur,bahkan ianya tumbuh seperti cendawan.Kebanyakannya menjanjikan pulangan segera yang tinggi tetapi perjalanan atau urusniaga yang dijalankan begitu samar dan tidak menyakinkan.Tetapi masih ada yang terjerat.Pihak bertanggungjawab bukannya tidak menyedari terdapat pihak2 yang menangguk di air keruh ini,tetapi mereka hanya menunggu bila ada lapuran yang dah kena tipu baru nak bertindak.Sepatutnya pihak bertanggungjawab bertindak kehadapan menyekat/siasat untuk mengelak orangramai tertipu.Contohnya bila sesuatu syarikat ditubuhkan dan teras perniagaan yang didaftarkan meragukan,pihak Pendaftar Syarikat perlu menemuduga lembaga pengarah untuk memastikan syarikat yang ditubuh tidak akan menyeleweng dan menipu orangramai.Begitu juga BNM (Bank Negara Malaysia) jika terdapat syarikat yang menganjurkan pengambilan deposit haram iaitu menyalahi Bafia (Akta Bank dan Syarikat Peminjam) jangan tunggu lapuran,terus saja siasat.Jika salah sekat terus jangan sampai ramai yang rugi.Perkara seperti ini boleh disekat jika pegawai-pegawai di jabatan yang bertanggungjawab menjalankan kerja secara pro aktif.Jangan tunggu dan lihat kerana kesannya amat besar dan merugikan.Turunlah ke padang, jika berkesempatan pergilah dengar seminar2 pelaburan yang meragukan ini.Dari situ penilaian boleh dibuat samada ianya salah ke tidak.Kepada bumiputera, laburkanlah kekayaan yang ada ke dalam skim pelaburan yang terjamin pulangannya.Kesilapan terdahulu hendaklah dijadikan pengajaran.Dan yang penting adalah buang sikap TAMAK itu.Disebabkan ingin cepat kaya maka secepat itu juga lah kita miskin.

No comments:

Post a Comment