Aug 21, 2009

Pesanan Khutbah Jumaat Menjelang Ramadhan...

Tadi pada tanggal 30 Syaaban 1450 Hijrah bersamaan 21 Ogos 2009, semasa khutbah Jumaat di mesjid tok imam yg beri khutbah amat beremosi mengingatkan para jemaah akan perlunya umat Islam bersatu hati sesama muslim.Katanya buangkan lah amalan caci mencaci, fitnah memfitnah dan berpecah sesama umat Islam.Sempena kedatangan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al Mubarak ini tingkatkan lah ibadah bukannya tingkatkan dosa.Buanglah jauh2 fahaman politik kerana dalam Islam tiada membezakan sesiapa pon melainkan hanya mereka yang beriman(Islam) dan yang tidak beriman(Kafir).Yang Islam tetap Islam walaupun senipis mana iman mereka jangan dihina,caci atau dimaki.Bimbinglah mereka kejalan yang lebih benar bukannya dengan mengelirukan mereka.Itu adalah lebih afdhal dari membiarkan mereka lebih hanyut jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya.Berkaitan penghinaan terhadap Islam oleh orang yang tidak beriman(kafir) hendaklah ditentang sesungguh hati.Bukan hanya seperti melepaskan batuk ditangga sahaja dengan membiarkan sahaja.Beliau memberi contoh umpama penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dalam lukisan karikatur baru2 ini.Adakah cukup sekadar menerima ucapan maaf sahaja?Wajarkah begitu katanya...Ia umpama umat Islam hanya membiarkan sahaja Islam dipermainkan..beliau juga menceritakan sewaktu di zaman Rasulallah, terdapat 2 orang yang bertelagah telah berjumpa Baginda Nabi,Baginda telah memberikan hukum/jawapannya ke atas masalah 2 orang tersebut tetapi tidak disenangi oleh salah seorang itu.Dia ingin membawa perkara itu kepada Saidina Abu Bakar,lalu dikhabarkan oleh Saidina Abu Bakar itulah jawapan yang tepat.Tetapi masih juga tidak disenangi oleh orang tersebut lalu diajukan pula kepada Saidina Umar...Saidina Umar berkata,tunggu sekejap lalu beliau masuk dan kemudian keluar dengan pedang terhunus ditangan lalu memenggal kepala orang yang tidak berpuas hati tersebut seraya berkata...ini lah hukuman yang sepatutnya diberikan kepada orang yang menghina Rasulallah kerana mempertikaikan beliau.Ini umpama tidak menghormati Islam dan menghina....Sampai begitu sekali Saidina Umar mempertahankan Rasulallah dan Islam.Patutkah kita bertindak begitu juga terhadap orang yang menghina Islam?Tepuk dada tanya selera bak kata pepatah...Itulah pesanan dalam khutbah Jumaat 30Syaaban1450Hijrah.

No comments:

Post a Comment