May 5, 2009

Ape dah jadi ni?

Ish ish ish macam macam hal lah dengan kisah politik kat Perak ni.Tak habis habis dari kes BN hijack Negeri Perak hingga lah ke kes terbaru ngatakan speaker nak tangguh dewan dari bersidang.Alasan konon nya akan berlaku pertikaman lidah yang tidak terkawal oleh speaker itu sendiri.Tentu DAHSYAT kan?Kalau tidak masakan speaker memberikan alasan begitu.Tetapi siapa yang akan lebih dahsyat mengeluarkan kata kata sehingga berlaku nya pertikaman lidah ni?Kita tunggu dan lihat.Jangan ada yang bertikam sesama sendiri sudah lah.Perlu disaring ahli ahli dewan yang hadir,takut takut ade yang membawa barangan merbahaya.Periksa juga lidah lidah mereka,mungkin ade lidah yang tajam sangat sangat.HAHAHAHAHA...Apa apa pun konflik ini tak akan ada kesudahan nya selagi tiada kompromi atau pemenuhan kehendak setiap pasukan yang berbalah...Ada saja yang tak kena, memang itu tabiat manusia, tak pernah mensyukuri apa yang ada, mereka tak kisah berapa lama nak berbalah asalkan elaun mereka tetap masuk akaun tiap bulan...yang rugi adalah pengundi pengundi mereka..Peduli apa dengan pengundi...nanti setiap 5 tahun jumpa lah lagi untuk rayu undi...Nasib nasib...

Apr 29, 2009

Ayam Ada Bermacam Harga

Diberitakan bahawa harga pasaran ayam dinaikkan kembali sebanyak 60sen berkuatkuasa hari ini. Ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dan keadaan cuaca yang kini agak panas dan tidak bersesuaian untuk penternakan ayam. Itu alasan yang diberikan oleh penternak ayam. Hairan juga, kerana kita sekarang ini bukannya di ambang sesuatu musim perayaan seperti Hari Raya Puasa atau musim cuti sekolah di mana banyak nya kenduri kahwin. Sudah tentu nya permintaan terhadap ayam tidak meningkat mendadak seperti musim-musim tersebut. Dikatakan juga faktor cuaca panas, tetapi di sana sini masih terdapat hujan lebat yang melanda. Jadi apakah faktor sebenarnya yang melonjakkan harga ayam ini? Walhal sebelum ini harganya diturunkan sebanyak 2 kali. Alasannya adalah faktor permintaan yang menurun. Tetapi kini meningkat kembali, mungkinkah disebabkan wabak penyakit yang melanda dunia hari ini? Orang takut dan beralih ke sumber makanan yang lebih terjamin kurang risiko seperti ayam. Pihak kerajaan perlu meneliti perkara ini, walaupun telah ditetapkan harga siling, perubahan mendadak turun naik ini perlu diperhati dan diteliti. Mungkinkah ada "permainan spekulasi" dalam harga ayam? Sebenarnya mereka yang terlibat dalam industri ternakan ini lebih arif, bagi mereka yang memakan ayam pasti rasa terbeban.Sudah lah harga ikan mahal nanti nak makan apa pulak? Harga telur ayam pun masih lagi tinggi, ini pula harga ayam. Tapi ada ayam yang harga nya dok turun....ayam apa ye?Permintaan sentiasa ada.Harga pula ikut darimana datangnya ayam itu.Suka makan ayam goreng dan rangka ayam pasar malam sahaja.

Apr 28, 2009

Penyakit Menyerang Kembali...

Setelah sekian lama tidak kedengaran wabak penyakit yang membawa maut dihebah kan sejak JE, tiba-tiba kita dikejutkan dengan satu wabak baru yang asalnya dari binatang khinzir iaitu dikenali sebagai "SWINE FLU".Habis kelamkabut satu dunia apabila jumlah kematian meningkat di Mexico. Pihak WHO juga telah memberikan peringatan tahap 4 terhadap wabak ini.Nampak sangat susah hati semua orang di dunia ini. Sampai kan di Jepun harga topeng pelindung muka dijual berkali ganda harga nya.Ini semata-mata untuk melindungi dari jangkitan penyakit tersebut yang dikatakan merebak melalui udara. Hampir semua pintu masuk negara-negara dikawal ketat dan diletakkan pakar2 perubatan untuk mengesan pembawa penyakit ini. Tidak terkecuali juga Malaysia. Bukankah sudah diketahui bahawa bermacam-macam penyakit ganjil dan maut dibawa oleh binatang ini? Sebab itu agama Islam melarang umatnya memakan dagingnya begitu juga agama Yahudi yang mengharamkan umatnya memakan daging binatang ini. Jadi mengapa perlu binatang ini diternak walhal ianya memudaratkan.Maka tak perlulah dimakan kerana masih ada lagi alternatif lain umpama lembu, ayam dan itik. Hairan jugak, sedap sangat kah?

Apr 9, 2009

Menariknya Kesimpulan Hasil PRK 2 Bukit...

Kita telah ketahui hasil dari 3 PRK baru-baru ini. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya mengapa BN tetap kalah di 2 bukit itu...banyak andaian dan kesimpulan dibuat dari hasil PRK baru-baru ini. Ada yang mengatakan BN masih tidak dapat memenangi hati pengundi atau memang tiada pengundi hantu yang sentiasa memberi kemenangan kpd BN seperti yang sering didakwa oleh pembangkang setiap kali BN menang. Tapi ade satu pandangan menarik yang dilontarkan oleh saudara ROSLEE MARDAN ini. Cubalah sesiapa yang berkuasa dan mempunyai pengaruh dalam parti pemerintah BN mengambilkira fakta yang beliau lontarkan ini. Bagi saya ada kebenarannya. Lakukanlah pembaharuan dalaman untuk terus berkuasa.

Mar 31, 2009

Bersidang Sudah Yang Menang Dan Kalah Usah Berbalah

Setelah hampir 3 bulan diperuntukan untuk ahli-ahli perwakilan parti UMNO membuat pemilihan mereka terhadap barisan kepimpinan baru parti UMNO. Telah sah dipilih mereka-mereka yang diyakini dapat memulihkan kredibiliti parti UMNO di mata masyarakat Malaysia amnya.Tetapi yang lebih penting adalah memulihkan keyakinan ahli UMNO sendiri terhadap barisan kepimpinan baru yang diketuai DS Najib. Jika sebelum ini di mana-mana kedengaran pelbagai cerita,tohmahan dan cercaan terhadap calon-calon yang bertanding yang mana ianya datang dari pihak luar parti UMNO dan ahli-ahlinya sendiri, diharap selepas ini ianya akan reda.

Kepada barisan kepimpinan yang terpilih,syabas diucapkan.Ini kerana anda telah diberikan mandat dan keyakinan serta amanah oleh perwakilan yang mewakili ahli-ahli akar umbi untuk anda menerajui parti.Usah dilupakan segala janji-janji yang anda buat.Usahlah ucapan yang anda berikan selepas kemenangan hanya ucapan berbentuk retorik semata-mata.Ingatlah akan ikrar yang anda lapazkan.Jika mandat,keyakinan dan amanah yang diberikan ini anda nodai mungkin di dunia ini anda terlepas, bagaimana pula di akhirat kelak? Ini kerana anda adalah orang Melayu yang sememangnya beragama Islam. Anda berkata bahawa agama, bangsa dan negara adalah teras perjuangan anda, maka penuhilah janji-janji dan ikrar anda ini.

Buat mereka yang kalah, ini bukanlah penghujung atau penghalang usaha anda untuk berkhidmat dalam parti dan masyarakat. Mungkin kali ini anda tiada rezeki, manalah tahu di pemilihan akan datang peluang anda pula akan terbentang. Usahlah terus mendiamkan diri umpama merajuk. Ini kerana khidmat anda masih diperlukan. Berikanlah khidmat terbaik walaupun anda tidak dalam barisan kepimpinan. Ini kerana setiap calon mempunyai sokongan dari akar umbi yang mereka wakili. Jika mereka berdendam dan merajuk, yang rugi adalah parti dan akar umbi. Maka janganlah pentingkan diri sendiri, utamakan akar umbi dan parti. Ini kerana tanpa akar umbi dan parti siapa lah mereka. Buat barisan lama yang tidak terpilih pula, usahlah berkecil hati, anda telah diberi peluang untuk berkhidmat. Sudah tentu khidmat anda itu dihargai. Berilah peluang kepada akar umbi untuk memilih teraju baru yang mereka yakini dapat membawa mereka ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Ini adalah lumrah alam, yang lama digantikan dengan yang baru. Bersatulah kembali demi memantapkan perjuangan.

Mar 24, 2009

Apa dah jadi?

Hari ini dalam akhbar harian Metro (klik sini) dilapurkan bahawa sebuah keluarga melayu yang tinggal di Kuantan hampir-hampir murtad apabila mereka merasa tertekan akibat dari tindakan jiran-jiran di penempatan mereka. Mereka hampir untuk menemui seorang paderi untuk meminta nasihat berkaitan masalah mereka. Mengapa ini boleh terjadi? Adakah disebabkan tekanan hidup atau tindakan pemulauan yang dilakukan oleh penduduk setempat? Jika mereka ini murtad, siapakah yang harus disalahkan? Mujur lah atas tindakan pantas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyelamatkan keluarga ini daripada murtad. Syabas kepada mereka-mereka yang perihatin ini.

Tetapi hairan juga, kenapa ketua keluarga itu begitu nekad untuk berbuat sedemikian? Tiada kah lagi orang-orang Islam lain yang dapat dijadikan tempat mengadu dan rujukan? Atau mereka-mereka tersebut mengambil sikap lepas tangan, jika ini lah sikapnya maka tidak mustahil lah akan terdapat ramai lagi orang-orang Islam akan memilih jalan seperti keluarga ini. Apakah yang harus kita lakukan jika terdapat orang-orang Islam yang terdesak seperti keluarga ini? Adakah dengan melihat dan membiarkan saja atau menangani masalah ini secepat mungkin? Adakah alasan tekanan dari jiran-jiran itu benar atau akidah sebenarnya telah menipis?

Mar 23, 2009

Pilih Memilih....

Minggu nie musim pilih memilih akan berlaku dlm parti pemerintah iaitu UMNO...parti unggul org2 Melayu... dikatakan pilih memilih kali ni akan ada pertempuran hebat...ialah nak pilih Panglimo ke2 dan Panglimo Mude... Mula2 dulu pilih memilih Panglimo Mude agak hangat diperkatakan...ialah pertarungan 3 penjuru.. seorang Anak Bapak, seorang lagi Anak Menantu dan seorang lagi Anak Jawo...tp sekarang nie dah kureng hangat sebab pilih memilih jawatan Panglimo ke2 menjadi hangat bila seorang bakal panglimo dinyahkan dari senarai pilih memilih. Maka sekarang tinggal lah bakal panglimo dari Johor dan Selangor...sama hebat sama gagah tu.

Tapi dalam pilih memilih ni...sengit jugak kali ni..sbb Panglimo Besar dah menang tanpa bertanding. Kalu ade pilih memilih dlm kategori ni lagi lah meriah.Pasti perang gegak gumpita. Apa2 pun kepada yg bertanding tu tahniah diucapkan kerana telah layak..kepada yg tak layak cuba lah lagi lain kali selagi ade umur yg panjang. Kepada yg bakal menang pulak...usah celebrate sampai mabuk gilos...cukuplah sekadar berpesan dlm diri sendiri bahawa jawatan yg dimenangi ini adalah amanat dan berjanjilah akan berkhidmat dgn amanah. Jangan pulak bila dah menang mula berfikir utk berbuat benda2 yg dilaknat. Alamat nya akan dikutok lah sampai kiamat.

Tunggu saje lah nanti...tgk2 sape yg menang...tp yg pasti perlu menjawab dan bertanggung jawab adalah mereka2 yg terpilih mewakili bahagian utk memilih di perhimpunan kelak. Kepada mereka lah sebenarnya terletak maruah UMNO. Jika mereka2 ini org yg bermaruah, mereka akan pilih panglimo2 yg benar2 bermaruah. Jadi di tangan mereka lah sebenar nya terletak maruah UMNO, orang2 Melayu, agama Islam dan negara Malaysia. Jika berlaku sesuatu yang mengaibkan maka di bahu mereka lah akan tergalas segala dosa2 itu.

Selamat bersidang dan pilih memilih kepada perwakilan UMNO..walaupon saya ini bukan ahli (dulu ahli lah tetapi sejak yg lama diharamkan dan ditubuh yg baru--nama saya tercicir dr yg baru). Cuba-cubalah amati apa yang diucapkan oleh seorang pemimpin ini disini.